Quantcast
Channel: aksesori – Wanista.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 80

Ketahui Personaliti Diri Melalui Pilihan Kasut Kegemaran!

$
0
0
Sumber: Pinterest

Seperti bag tangan, pemilihan kasut juga mempunyai maksud tersendiriyang secara tidak langsung dapat ‘mengorek’ personaliti dan sifat peribadi seseorang.

Selain berfungsi sebagai aksesori, kasut adalah sebahagian dari gaya wajib seseorang yang akan dipakai mengikut kesesuai majlis. Namun tidak kurangnya juga, terdapat segelintir individu yang langsung tidak peduli untuk memakai mengikut etika. Bagi mereka, kasut hanyalah keperluan biasa tanpa menghiraukan “fashion sense” atau trend semasa asalkan selesa. Dalam erti kata lain, TANGKAP MUAT.

Untuk itu, mari Wanista dedahkan personaliti anda mengikut kasut kegemaran yang sering digayakan sehari-hari.

#1 Platform

Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest

Anda adalah perempuan yang sangat feminin seperti Barbie! Antara warna kegemaran anda adalah merah jambu, sukakan pom pom dan apa sahaja yang berkilau. Platform adalah sumber keyakinan diri anda, lebih tinggi dan kukuh tumit tinggi platform anda, lebih cantik anda akan rasa. Tidak kisahlah ia akan membuatkan kaki anda sakit sekalipun, tanpa tumit tinggi platform, anda rasakan anda tidak akan berjaya melakukan pekerjaan harian.

#2 Sneakers

Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest

Tidak semestinya perempuan yang suka menggayakan sneakers ini adalah seorang yang ‘tomboy’. Anda sebenarnya adalah seorang yang sibuk, banyak bergerak dan mempunyai jadual harian yang padat! Tiada sesiapa pun yang dapat menyaingi sifat anda yang multitasking. Anda seorang wanita yang berupaya menyelam sambil minum air! Satu-satunya masa yang anda rasa berharga adalah ketika TIDUR.

#3 Sandal Tumit Tinggi

Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest

Seperti watak Samantha dalam drama Sex And The City. Anda seorang yang keras kepala dan kadang kala suka bekerja terlalu keras. Sangat fokus dalam sesuatu perkara yang dilakukan malah begitu berdikari. Tiada sesiapa yang dapat menghalang anda dari mengecapi impian.

Ya, tiada sesiapa yang bisa bertahan untuk memakai kasut tumit tinggi sehari suntuk seperti anda. Gigih. Sangat konfiden dan anda memang suka menyerlahkan aura glamor diri melalui pemilihan kasut yang glam.

#4 Wedges

Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest

Gabungan antara gaya dan keselesaan, tumit tinggi tapak rata jenis wedges ini menyatakan sifat anda sebagai seorang yang stabil dari setiap segi. Biar pun anda mahu kelihatan seksi bergaya dalam masa yang sama anda juga ingin kelihatan sopan tanpa perlu terlihat terlalu menonjol. Anda sangat praktikal, suka merendah diri dan paling penting mengutamakan kesenangan orang lain terlebih dahulu.

#5 Kasut Sarung Flats

Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest

Comel dan ringkas, anda juga gemarkan sesuatu yang membuatkan diri berasa selesa. Walaupun sebenarnya jauh disudut hati anda adalah seorang gadis yang sukakan tumit tinggi, penggayaan flats secara tidak langsung dapat menyerlahkan sifat happy go lucky anda,  berpersonaliti jenis mudah didekati dan tidak kisah biarpun gelak tawa anda yang kuat itu akan diperhati oleh orang sekeliling. Bertuahnya anda seorang yang easy going!

#6 Crocs

Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest

Wanita yang unik! Anda seorang yang sukakan cabaran dan lakukan perkara ekstrem. Anda juga seorang yang sempoi dan suka berserdehana dalam pemakaian sehari-hari. Anda langusng tidak kisah andainya ada lebihan pasir atau rumpur-rumput yang terselit dicelah-celah kaki. Yup! Seorang pencinta alam mungkin :)

#7 Kitten Heels

Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest

Sopan dan lemah-lembut persis Julie Andrews dalam filem The Sound of Music, anda boleh dikira sebagai old school. Tidak hairan dengan perkara-perkara trending di luar sana, and lebih gemar menghabiskan masa sendiri di rumah menonton filem-filem cinta klasik, mengemas mahupun berkebun dan apabila keluar, anda terdorong untuk berhias ala perempuan melayu terakhir.

#8 Stiletto

Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest

Melambangkan kredibiliti wanita yang berstatus. Anda seorang yang berjiwa seksi serta sangat mementingkan kesempurnaan.

#9 Boots

Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest

Anda ni mesti jenis individu yang suka mengembara dan pergi melancong. Anda sanggup melakukan apa sahaja asalkan impian anda menjadi realiti. Sanggup mengorbankan kebahagian diri untuk orang lain. Lebih rela menyatakan apa yang terbuku dihati dari menyimpannya sehingga menyiksa jiwa.

Tambahan, anda seorang yang kreatif dan bijak menjadikan gaya anda lebih versatile meskipun menyarungkan boots rona lusuh di kaki. 

#10 Selipar 

Sumber: Pinterest
Sumber: Pinterest

Gemar memakai selipar? Anda adalah makhluk yang pentingkan keselesaan lebih dari segalanya. Biarpun orang akan melabel anda sebagai orang yang tidak tahu berfesyen, anda langsung tidak ambil peduli. Bagi anda, “Slippers is the new high heels”.

Di samping itu anda suka bersantai, tidak gemar sesuatu yang ekstrem dan gemar bersifat minimalis dan berserdehana dalam semua perkara. Senangnya hendak menjaga orang seperti anda. :)

Jadi, kasut jenis apa kegemaran anda?

RUJUKAN 1 & 2


Viewing all articles
Browse latest Browse all 80