
Gigi Hadid dilihat memakai cincin pada jari manisnya selepas muncul pada acara Paris Fashion Week semalam.
Victoria’s Secret Angel itu juga dilapor meninggalkan sebuah hotel di Paris bersama teman lelaki kacaknya, Zynn Malik selepas menghadiri sebuah acara pelancaran koleksi terkini jenama Tommy Hilfiger.

Gigi, 21, yang berpakaian kasual waktu itu memancarkan aura kegembiraan pada raut wajah manakala pada jari manisnya pula tersemat cincin emas berbatu yang merupakan pemberian istimewa oleh Zynn, 24, sebagai tanda perjanjian ikatan cinta mereka.


Tiada lagi rahsia, mereka turut berjalan sambil berpegangan tangan yang menguatkan lagi bahawa mereka sememangnya serasi dan serius untuk ‘terjebak’ dalam percintaan sebenar.
Pada hari yang sama, Gigi juga tanpa segan silu ada memuat naik foto teman lelakinya itu di Instagram Story yang disertai kapsyen “LOVE OF MY LIFE”.

Oh… so sweet! Semoga kekal hendaknya :)
The post Gigi Pakai Cincin Lepas Mengaku Zynn Malik “Love Of My Life” appeared first on Wanista.com.