
Perkataan ‘fashionista’ muncul pada tahun 1990, ianya untuk seseorang yang menggemarkan fesyen dan sentiasa dihadapan dalam mengikut trend fesyen. Senang kata tak pernah ketinggalan langsung tentang dunia fesyen, tahu sahaja apa yang baru dan lama.
Namun secara zahirnya si fashionista bukanlah yang sentiasa mengikut trend tapi bijak dalam mengaplikasikan setiap pakaian dan aksesorinya menjadi sebuah yang lain dari yang lain.
Jadi level fashionista ini bukan biasa-biasa tau, dia dikira sebagai seorang yang mencipta fesyen itu!

Layakkah anda digelar fashionista kalau setakat mempunyai dua atau tiga kasut sahaja? Jom kita sama-sama bergerak perlahan menjadi fashionista, kita bermula dengan kasut dahulu. Ini 7 kasut yang perlu anda miliki saat ingin menjadi fashionista.
#1 Loafer Mule – Sesuai ketika menghadiri acara kasual atau ke pejabat. Sesuaikan kasut loafer mule dengan kot bersama seluar slack atau denim longgar. Selebriti yang gemar mengayakan kasut ini ialah Dakota Johnson!

#2 Ankle-Strap Heels – Serlahkan bentuk kaki anda yang seksi dengan kasut bertumit tinggi dengan lilitan pada buku lali. Rekaan kasut ini memberi efek kaki tampak panjang bak supermodel. Tidak cukup dengan busana yang seksi, begitu juga dengan kaki Jennifer Lawrence.

#3 Peep-Toe Mule – Seakan dengan loafer mule, kasut peep-toe mule ini ditambah dengan perincian tumit tinggi dan terbuka dibahagian hadapan. Pada perhatian penulis tidak ramai yang mengayakan kasut ini. Jadi ini satu permulaan untuk anda memulakan lagak fashionista anda dengan peep-toe mule. Lihat Sienna Miller yang selamba sahaja memakai peep-toe mule warna biru baldu.

#4 Pump – Siapa yang berbadan kecil molek seperti Neelofa sangat beruntung! Anda bisa mengayakan kasut tumit tinggi jenis pump tanpa risau kelihatan seperti galah panjang. Bersama denim, seluar slack atau apa sahaja busana, kasut pump beri pandangan pada umum yang anda sememangnya seseorang yang setia pada fashion rules.

#5 Animal Print Flat – Anda inginkan berpenampilan warna polos atau kosong, nah kemaskan langkah dengan kasut bercetak bintang seperti Gigi Hadid. Tonjolkan sifat berani dan garang anda dari hujung kaki mu, biasa tampak manis apa kata kali ini biar ada sedikit elemen ‘kasar’.

#6 Ankle Boots Heels – Mungkin di Malaysia anda berasa tidak sesuai untuk memakai boot kerana cuaca negara ini yang panas. Tapi hey! Cuba gayakannya saat anda pergi mengembara ke luar negara. Lihat si puteri Kate Middleton menyarung ankle boots dengan dress paras lutut. Ingin tampak sopan atau kekal panas sarungkan bersama stokin panjang.

#7 Statement Heels / Flat – Walaupun anda pakai pakaian yang biasa seperti kemeja atau t-shirt, tambah sedikit aura ‘mewah’ dengan menyarung kasut tinggi atau flat dengan berperincikan berlian atau aksesori gemerlapan. Pelik? Cuba anda lihat gaya Olivia Palermo yang kasual tapi bertitipkan sedikit ‘wow’ dengan kasut yang disarungkannya.

Dari 7 ini yang mana anda sudah lama punyai? Kongsikan dengan Wanista!

The post Anda Bukan Fashionista Selagi Belum Ada 7 Kasut Ini.. appeared first on Wanista.com.