
Bunga manggar di kanan kiri
Bunga rampai hiris hirisan
Pengantin baru raja sehari
Tambah berseri dengan hiasan
Amboi, sedap kan pantun kat atas ni? Kalau dah kata majlis resepsi tu memang semuanya kita nak nampak sempurna, bahkan bukan setakat di mata sendiri saja, di mata hadirin yang datang berkunjung juga.
Hendak menjayakan majlis perkahwinan ni bukannya mudah, banyak perkara yang harus diteliti terlebih dahulu. Jika anda adalah pengantin perempuan, tentu anda adalah jiwa yang paling kusut waktu itu dek kerana risau kalau-kalau ada benda yang terlepas pandang. Biarlah pun orang nak kata kita ini cerewert sekalipun, majlis perkahwinan ini adalah impian sekali seumur hidup, tentulah anda mahu semuanya berjalan lancar.
Nah, apa yang paling utama sekali untuk kita yang perempuan ni? Tentulah persalinan indah untuk majlis respsi! Rata-rata dari wanita masa kini semuanya ingin tampak moden dan hip sekaligus menggayakan busana yang diterap dengan perincian mewah serta diselimuti warna-warna mengancam seiring trend. Namun, di mana tempat atau butik terbaik untuk anda mencari persalinan impian itu? Jangan risau, ini cadangan yang Wanista sediakan.
#1 Wedding Galore Sdn Bhd
Anda lebih selesa untuk menggayakan dress atau gaun di hari bahagia? Jika itu yang anda suka, penulis cadangkan anda untuk menempah persalinan pengantin di butik ini. Seleksi rekaan dress moden ada ditawarkan.
Yang beropol, berenda, bermanik, dipermuat dari material songket, ya! Semuanya ada di Wedding Galore! Cubalah risik-risik, mana tahu ada yang berkenan di hati, nanti boleh kongsikan pada Cik Abang.
Alamat: No 191A & 193A Jalan 8/1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
No. Telefon: 03-89125751 / 013-6155751
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat: 11am-7pm | Sabtu & Ahad: 11am-6pm
#2 Zuliya Cassandra Collection
Meraikan resepsi yang berkonsepkan Bollywood? Anda boleh gayakan seleksi pilihan busana ala Mumtaz Mahal dari Cassandra Collection.

Anda bukan sahaja boleh menyewa, bahkan mereka juga ada mengambil tempahan mengikut ukuran saiz dari XS hingga XXL yang diambil dengan upah RM70 sahaja. Pasti anda rambang mata melihat koleksinya!
Alamat: Saujana Utama 3, Sungai Buloh, Selangor
No. Telefon: 014-7262522
Waktu Operasi: –
#3 Zamrimatouch Wedding Sdn Bhd
Jika anda gemarkan sesuatu yang minimalis dan ringkas, ini bukan tempat anda. Setiap satu rekaan adalah sangat eksklusif, diterap dengan pelbagai elemen sensasi untuk menaikkan seri si pengantin yang menyarungkan busana berkenaan.
Penulis tak nak cakap banyak, baik anda sediakan bantal untuk menekap wajah anda sebelum anda melihat koleksi dari Zamrimatouch ini! Semuanya cantik belaka!
Kalau penulis kahwin nanti pun, penulis pasti mahukan persalinan indah dari Zamrimatouch! Made to perfection!
Alamat: 1-17-01 Jalan Medan Pusat Bandar 7, Bangi Central, Bandar Baru Bangi
No. Telefon: 013-2091603 / 011-55091603 / 017-6074304 (Cawangan Melaka)
Waktu Operasi: –
#4 ChintaFifi By Fifiomar
Anda sukakan ikan duyung? Anda mesti akan terpikat dengan rekaan halus oleh ChintaFifi Boutique.
Kebanyakkan rekaan kebaya modennya menerapkan potongan duyung. Pasti akan membuatkan si pemakai tampak lebih langsing dan lampai.
Jangan risau buat anda yang berbadan sexy & curvy persis Kim Kadarshian, saiz untuk anda juga ditawarkan!
Alamat: Jalan 8/1, Bandar Baru Bangi
No. Telefon: 03-89280170 / 013-3100770 (Whatsapp)
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu: 11am – 7pm | Ahad: 11am – 6pm
#5 FuzanaMokhtaza
Jahitan manik, bunga timbul dan renda yang sangat terperinci.
Kesemua koleksi pakaian pengantin di sini berciri klasik, feminin, anggun serta elegen.
Alamat: WAZE FauzanaMokhtaza
No. Telefon: 03-41442275
Waktu Operasi: Tutup pada Isnin
#6 Altelia Amani
Heboh semalam Fattah Amin lancar rekaan FATTAHAMIN x FAR8 by Altelia Amani.
Jadi hari ni, penulis nak beritahu anda semua yang Altelia Amani juga ada menawarkan rekaan persalinan pengantin yang moden dan bersahaja!
Ramai juga selebriti Malaysia yang gemar menggayakan rekaan busana dari Altelia Amani ni termasuklah Ziana Zain, Syatilla Melvin, Sherry Ibrahim dan ramai lagi!
Alamat: No. 13 & 15, Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 7, Shah Alam
No. Telefon: 03-5518 9786
Waktu Operasi: –
#7 Emma Wardrobe Fashion
Sukakan riben, manik dan elemen bulu-bulu? Emma Wardrobe Fashion ada semua yang anda mahukan!
Alamat: No. 25m, Jalan SS 21/37, Damansara Utama
No. Telefon: 017-7818771
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu: 11am – 7pm | Tutup hari Ahad
#8 Azura Couture
Azura Couture adalah nama yang tidak asing lagi dalam arena fesyen tanah air.
Setiap rekaan adalah sangat berseni, disunting dari pelbagai elemen menarik yang bakal menjanjikan kejutan buat sesiapa yang melihat!
Alamat: 275B, Jln Bandar 11, Taman Melawati, Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-41012079
Waktu Operasi: Tutup hari Isnin
#9 Embun Klasik Bridal Boutique
Embuk Klasik ada menawarkan rekaan peplum pengantin yang bukan sahaja menawan, malah kemas disisip jahitan labuci pelbagai gaya.
Rona rekaan juga adalah seiring perkembangan masa kini yang lebih popular kepada rona-rona telap serta pastel. Menawan di hari bahagia untuk resepsi sebelah pagi mahupun malam.
Alamat: No. 1-23, Jalan 8/35, Seri Bangi Seksyen 8, Bandar Baru Bangi
No. Telefon: 03-89209676 / 012-6967623
Waktu Operasi: Setiap hari 10am – 7pm
Anda ada cadangan? Kongsikan sekali bersama kami di bahagian komen okay?!