Quantcast
Channel: aksesori – Wanista.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 80

Berdamping Dengan 4 Trend Beg Tangan Popular Ini Sepanjang Musim Luruh/Sejuk 2016

$
0
0
elle_newtrends_guitarstrap

Trend datang dan pergi, namun begitu, ia tetap akan berputar seperti mana bumi ini berputar dan setiap satu gaya yang menjadi kegilaan umum pada setiap zaman itu pasti akan berulang di kemudian hari.

Di pentas-pentas pertunjukan fesyen terutamanya, banyak jenama fesyen tersohor memainkan reka bentuk unik dan eksentrik ke atas setiap rekaan beg tangan yang dipamerkan. Rasa tidak lengkap jikalau busana yang disarungkan oleh para supermodel tidak di dampingi tas yang punya jiwa dan nilai keperibadian sendiri seterusnya berfungsi menonjolkan karakter konsep rekaan untuk satu-satu musim tersebut.

Khas untuk musim Luruh/Sejuk 2016, ini 4 trend pilihan yang menghimpunkan rekaan beg tangan paling sensasi untuk digayakan sepanjang musim paling mendamaikan.

Saddle Ala 70an!

2
Chloé

Ingat lagi tas tangan yang dilengkapi tali panjang ini? Khususnya digayakan oleh wanita-wanita hip era 70an bersama jeans, beg tangan jenis saddle ini tampak ringkas dan rata-ratanya mempunyai permukaan yang membulat. Si penggaya pasti kelihatan nakal!

Trend ini dapat dilihat merata di pentas peragaan musim ini, seiring dengan musim luruh/sejuk yang agak tenang, jiwa wanita juga ingin bebas bergaya santai without trying too much!

Salah satu beg tangan jenis saddle paling cantik dan mendapat perhatian umum adalah rekaan dari jenama  Chloé. Selain warnanya yang berasaskan alam seolah dedaun yang mula melayu, beg tangan ini diperinci dengan hiasan berfungsi dari logam berona emas. Sungguh mengujakan!

Inovasi Tali Beg Yang Gemerlapan!

3
Fendi

Sebelum ini, beg bertali mungkin mempunyai rekaan yang paling ringkas, namun untuk musim ini, ia semakin mendapat tempat di hati para peminat beg sehingga para pereka bijak mengolah idea mereka serta menerapkan kreativiti ke atas perincian tali beg itu sendiri.

Rekaan utama beg dibiarkan rigkas bersahaja namun kekuatannya diletakkan kepada tali beg yang unik, berasaskan mainan rona, tekstur, cetakan serta motif perhiasan sensual. Fendi adalah antara jenama fesyen yang memulakan trend ini sebelum digamit oleh Kenzo dan Gucci.

Kotak Elegen

1
Dolce & Gabbana

Seperti melangkah ke zaman vintaj, beg kotak pelbagai bentuk kini kembali menjadi popular apabila ramai antara pereka dan jenama fesyen mahsyur mula menjual visualnya.

Jika anda mahukan sesuatu yang dapat menonjol gaya polos anda, Dolce & Gabbana ada menampilkan rekaan beg kotak yang kelihatan agak aneh namun apabila semakin lama ditenung, ia sebenarnya bersifat versatile dan berupaya menarik jelingan dari orang sekeliling yang melihatnya!

Rantaian Logam Indah

777
Miu Miu

Beg berantai tidak pernah gagal untuk membuatkan si pemakainya tampak berkelas. Lebih tebal perincian rantai tersebut, lebih ranggi karakter yang dipinjamkan kepada gaya seseorang.

Gucci, Balenciaga dan Miu Miu adalah antara jenama yang berani menampilkan rekaan sebegini menggunakan rantai logam dalam sebahagian sisi utama rekaan aksesori tas tangan. Siapa yang berani kata tidak kepada perincian logam cantik sebegini?

Jadi, yang mana satu trend kegemaran anda?!

Bagi melunaskan keghairahan anda untuk memiliki beg tangan serba mewah setanding trend musim ini, apa kata anda lawat www.reebonz.com/my/designer-bags. Reebonz merupakan syurga yang bakal memuaskan keinginan anda untuk memiliki pelbagai beg tangan, perkakas, barang kemas serta pakaian mewah pada harga yang sangat berpatutan. Jualan murah sering diadakan malah pelanggan turut berpeluang membuat bayaran ansuran setiap bulan jika tidak mampu membayar pembelian secara sekali gus. Ya! Bukan membeli sahaja, jika anda mahu menjual barangan berjenama terpakai anda pun boleh juga tahu?

Untuk ketahui pelbagai tips serta trend fesyen yang bisa mengubah personaliti anda secara berkala pula, sila rujuk stylefiles.reebonz.com hari ini! Terdapat pelbagai artikel manarik yang disedikan khas buat fashionista moden.

Khas untuk pembaca sejati Wanitsa, Reebonz dengan berbesar hati ingin memberi peluang kepada anda untuk menikmati diskaun khas istimewa sebanyak 15%! Kupon diskaun [WANISTA15MY] sah untuk diguna sehingga 31 Disember 2016 ini, namun hanya untuk pembelian secara atas talian serta aplikasi mudah-alih telefon pintar. Jom dapatkan beg tangan baharu selari dengan perkembangan trend hanya dari Reebonz.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 80