
Casio Computer Co. Ltd mengumumkan kolaborasi terkininya bersama nama ikonik Hello Kitty. Khas untuk model rekaan Baby-G, casio tampil ingin tampil dengan jam tahan lasak buta wanita yang mahukan kelainan.
Jam tangan baharu model Hello Kitty BA-120KT ini adalah rekaan yang diilham berdasarkan siri model BA-120 popular sebelum ini. Ia turut dihadirkan dalam beberapa pilihan warna. Kolaborasi ini menampilkan gaya yang disunting dari seni lukisan graviti popular sekitar tahun 70an yang turut merupakan tahun kemunculan watak animasi ikonik yang dikenali seluruh dunia itu.
Tonton Video Pengenalan Model Baby-G x Hello Kitty
Dial dan getah jam istimewa ini dihiasi cetakan graviti Hello Kitty dan Baby-G. Manakala jarum minit dan jamnya pula disertai rona merah sama seperti warna riben milik Hello Kitty.
Untuk memberi sentuhan yang lebih eksklusif ke atas model Baby-G kolaborasi ini, sebelah belakang jam turut diukir dengan rekaan Hello Kitty disertai kotak dan kad istimewa yang sangat sesuai untuk dijadikan pemberian peribadi buat pencinta Hello Kitty.
Sila rujuk www.baby-g.com untuk keterangan lanjut.