
Queen Elizabeth, Prince Philip menyertai Princess Kate, Prince William, Prince Charles dan Camilla, Duchess of Cornwall menghadiri satu resepsi diplomatik yang berlangsung di Istana Buckhingham, London malam semalam.
Apa yang menarik perhatian lensa kamera, Kate tampil menggayakan dress berenda labuh rona merah bersama tiara kegemaran peribadi ynag pernah menjadi milik dan kegemaran Puteri Diana.


Kate turut pernah menggayakan tiara bertatah berlian dan butiran mutiara itu tahun lalu saat menghadiri majlis resepsi tahunan.

Tiara berkenaan digelar Cambridge Lover’s Knot, sudah pun berumur lebih dari satu abad dan pada asalnya merupakan tiara milik Queen Mary yang dihasilkan semula oleh pereka barang kemas diraja Gerrard sekitar tahun 1913 atau 1914. Ia merupakan replika dari Gothic Revival Tiara iaitu Cambridge Lover’s Knot sebenar yang berusia 200 tahun milik mendiang nenek Queen Mary, Princess Augusta of Hesse, Duchess of Cambridge.

Tiara Cambridge Lover’s Knot asli milik Nenda Queen Mary Augusta Caroline telah dilelong lebih $747,000 (nilai dolar hari ini) pada seorang pembeli yang tidak diketahui identitinya di sebuah majlis lelong Christie di Geneva sekitar Mei 1981.

Cambridge Lover’s Knot (replika yang pernah digayakan Puteri Diana dan Puteri Kate) kini adalah sebahagian dari koleksi barang kemas peribadi diraja Britain yang berada dalam simpanan Queen Elizabeth II.