
Supermodel, usahawan dan dermawan yang banyak mewarisi bakat terpedam, Karlie Kloss kini berkolaborasi bersama jenama peneraju barang kemas kristal terkemuka, Swarovski untuk koleksi germalapan berdasarkan quiz cinta yang pertama.
Untuk pengetahuan semua, biarpun jelitawan ini aktif dalam bidang peragaan dan merupakan salah seorang Victoria’s Secret Angel, kesibukkan tidak pernah menghalang dirinya untuk meneruskan pengajian dalam bidang pengaturcaraan komputer.

Karlie sememangnya gemar membuat coding dan sangat berbangga untuk tampil dengan inisiatif mencipta siri quiz cinta bersama Swarovski yang membolehkan pelanggan membeli dan memilih koleksi barang kemas Valentine’s Day yang sesuai untuk si kekasih hati berdasarkan jawapan yang diperolehi dari quiz tersebut.
Galeri pilihan loket dari koleksi Crystal Wishes oleh Swarovski x Karlie Kloss sempena Hari Kekasih 2017
*Klik imej untuk paparan lebih besar





Medium ini dijangkan dapat menarik lebih ramai peminat Swarovski yang terdiri dari mereka yang celik IT demi memenuhi permintaan yang tiada tandingan.
Apabila berbicara tentang cinta, ‘temu janji’ adalah kunci utama.

“Saya jana quiz Valentine’s Day ini bersama dengan tenaga pengajar saya dalam sebuah kelas sains komputer yang saya sertai. Saya akui ia adalah sesuatu yang sangat kreatif dan pastinya mampu memberi keseronokkan kepada orang ramai yang bermain dengannya,” jelas Karlie Kloss.
“Saya dan guru saya Avi, duduk dan keluarkan pengalaman cerita-cerita cinta yang pernah kami dan mengolahnya kembali dalam bentuk kod komputer. Anda semua boleh menjawab quiz tersebut dan mendapat padanan aksesori paling tepat sebagai hadiah Hari Kekasih yang paling bermakna buat sang kekasih”, tambahnya.
Tonton Video Karlie Kloss Untuk Kempen Hari Kekasih SWAROVSKI 2017
Jawab quiz Velantine’s day ciptaan Karlie Kloss di sini [www.swarovski.com] hari ini untuk ketahui simbol cinta anda.