
LOVE LOLA, sebuah bukti aksesori yang menghimpunkan pelbagai jenama aksesori barang kemas mewah kini berada di Subang SkyPark Terminal. Butik ini sesuai untuk pengunjung yang baru tiba atau bakal berlepas untuk berjumpa pada tersayang dan menghadiahkan mereka dengan sesuatu yang bermakna.
Jenama ikonik yang berada di butik LOVE LOLA antaranya Thomas Sabo, Misaki, Pica Lela dan Toscow. Kesemua jenama ini memberi pilihan aksesori seperti rantai, gelang tangan, cincin, subang dan jam tangan.

Minimal, elegan dan sofistikated konsep yang dibawa butik LOVE LOLA sesuai dengan kisah yang tersirat dengan nama butik ini juga. Ia berkisar tentang seorang wanita berkeyakinan, berdikari dan fashionista. Dia sentiasa sibuk dengan aktiviti harian dan memilih LOVE LOLA sebagai pelengkap gaya siang dan malam.

Harga di LOVE LOLA bermula dari RM 200 dan anda boleh layari laman Instagram LOVE LOLA @lovelolamy atau #lovelolamy.