Marilyn Monroe pernah berkata,

Tidak terhad seperti zaman dahulu, muda-mudi sekarang lebih mudah mendapatkan item fesyen terkini selari mengikut perkembangan trend semasa kerana telah banyak wujudnya butik-butik berjenama antarabangsa di pusat-pusat membeli-belah tempatan, tidak kurangnya juga servis personal shopper yang menetap di luar negara serta platform membeli-belah atas talian yang muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Seleksi pilihan yang ada membuka lebih banyak peluang dan pilihan para pengguna terutamanya fashionista untuk mendapatkan item fesyen bermutu pada harga mengiikut kemampuan masing-masing.
Terkini, sandal sarung atau lebih dikenali sebagai sliders semakin mendapat perhatian sejak diperkenalkan kembali Rihanna menerusi koleksi rekaan kolaborasinya untuk Fenty PUMA.

Sedikit lari daripada norma sifat wanita yang kebiasaanya lebih selesa menggayakan tumit tinggi untuk kelihatan feminin, trend pemakaian slides sebegini secara tidak langsung mampu menerapkan satu gaya baharu yang versatile.
Bukan sekadar sandal sarng biasa, rekaan slides terkini menggabungkan keunikan perincian yang kemudiannya dihiasi pelbagai material lain agar tampak mewah dan ranggi!
Khas buat peminat fesyen diluar sana, Wanista cadangkan beberapa slides cantik yang boleh anda beli dan cuba ❤️
#1 Aldo: RM299 [Beli]
#2 Zalora: RM59 [Beli]
#3 Something Borrowed: RM59 [Beli]
#4 River Island: RM299 [Beli]
#5 Call It Spring: RM115 [Beli]
#6 Zalora: RM39 [Beli]
#7 Velvet: RM79 [Beli]
#8 Viss: RM59 [Beli]
#9 Dorothy Perkins: RM189 [Beli]
#10 Vincci: RM69 [Beli]
#11 Nose: RM89 [Beli]
#12 Mel & Moly: RM79 [Beli]
#13 Zalora: RM69 [Beli]
#14 Topshop: RM189 [Beli]
#15 Rubi: RM79 [Beli]
#16 Topshop: RM209 [Beli]
#17 Mango: RM229 [Beli]
#18 Nose: RM119 [Beli]
#19 Mel & Moly: RM89 [Beli]
#20 Rubi: RM69 [Beli]
Tips gayakan sliders!
# Pakai sliders dengan stokin atau sarung kaki berwarna kontra bila memakai skirt mahupun celana pendek untuk gaya ala fashion week.
# Jika menggayakan sliders dengan seluar panjang, singkatkan sedikit labuh seluar untuk serlahkan reka bentuk sliders unik anda tu.
Selamat mencuba!
The post Atur Langkah Dengan Gaya, 20 Sandal ‘Sliders’ Untuk Anda Cuba! appeared first on Wanista.com.