Quantcast
Channel: aksesori – Wanista.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 80

[Gaya Hidup] 4 Aplikasi Telefon Pintar Wajib Ada Pada Setiap Wanita

$
0
0

Jika ditanya barang apa yang wajib dibawa bersama ketika keluar rumah, pasti telefon bimbit menjadi yang utama. Telefon pintar kini bukan lagi satu kemahuan ia sebenarnya keperluan yang mesti ada pada setiap orang. Tak kisahlah jenama telefon pintar apa sekalipun yang pasti ia lengkap dengan info peribadi, kecemasan dan aplikasi menarik untuk kegunaan seharian.

Wanita khususnya ada sahaja perkara yang banyak diselesaikan dari hal keluarga, rumah, kerja sehinggalah yang peribadi. Kalau semuanya hendak disumbatkan dalam kepala memang sampai sudahnya ada sahaja yang lupa. Bagi anda yang masih tercari-cari alat bantuan untuk melancarkan hidup anda, Wanista cadangkan anda untuk muat naik aplikasi telefon dibawah ini! 

#1 Kalendar Haid

Percayalah, masih ada lagi diantara kita yang tidak tahu mengira tarikh haid dan lupa tarikh haid yang akan datang. Bila terjadi perkara ini, mula lah tidak sedia dengan sebarang tuala wanita alasan tak tahu bila haid nak datang, lupa nak pergi beli. Jadi pastikan anda muat turun kalendar haid yang membantu untuk mengira dan memberi tanda awal untuk anda bersedia dengan minggu haid!

Muat turun Google Play: https://play.google.com/store/apps/period-tracker-my-calendar

Muat turun Apple Store: https://itunes.apple.com/us/app/period-ovulation-intimity/

#2 Simpan Nota Peribadi

Takkan anda hendak bawa buku nota kemana-mana sahaja? Atau jika tinggalkan mana-mana nota di kertas pasti kertas tersebut akan menghilangkan. Mudahkan urusan membeli barangan keperluan dan pelbagai nota peribadi dengan memuat naik aplikasi nota.

Muat turun Google Play: https://play.google.com/store/apps/color-note-note-pad-notes-to-do

Muat turun Apple Store: https://itunes.apple.com/us/app/note-private-note/

#3 Counting Days 

Bila anda ada banyak undangan majlis atau keraian memang tidak mudah untuk ingat semua itu. Sama juga dengan tarikh-tarikh penting seperti ulangtahun kelahiran, tarikh pergi melancong anda wajib countdown untuk lebih bersedia. Bila ada kiraan hari, jam, minit seperti ini, lebih mudah untuk anda merancang pelbagai persediaan keperluan atau apa sahaja.

Muat turun Google Play: https://play.google.com/store/apps/my-day-countdown-timer

Muat turun Apple Store: https://itunes.apple.com/us/app/countdown-big-day-event-reminder

#4 Bayar Bil

Dah bayar ke belum? Bila tiba awal bulan pasti banyak bil dan isu-isu pembayaran untuk dijelaskan. Jika anda memiliki aplikasi khas untuk menunjukkan carta pembayaran pasti bajet kewangan seperti keluaran untuk pembayaran bil lebih jelas dan terancang. Perbelanjaan, simpanan dan pelaburan pun boleh dikawal hanya melalui telefon pintar. 

Muat turun Google Play: https://play.google.com/store/apps/bills-reminder-payments

Muat turun Apple Store: https://itunes.apple.com/us/app/billminder-bill-reminder-and-organizer/

Selamat mencuba! 

The post [Gaya Hidup] 4 Aplikasi Telefon Pintar Wajib Ada Pada Setiap Wanita appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 80