Quantcast
Channel: aksesori – Wanista.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 80

Tips Fesyen 101! Jom Bergaya Ikut Cara Neelofa

$
0
0

Dari raut wajahnya yang anggun memukau, pasti ramai wanita jadi iri. Mula menjadi perhatian semenjak memenangi gelaran sebagai Dewi Remaja untuk tahun 2009/2010 dan kini, Neelofa telah pun berjaya bukan sahaja dalam bidang lakonan dan pengacaraan malahan juga bidang pernigaan yang diceburinya.

Sumber: Pinterest

Selain kecantikan aslinya, gaya dan cara pemilihan fesyen oleh wanita versatile ini juga sangat berkelas membuatkan ramai tertarik untuk cuba melaram seperti pemilik nama Noor Neelofa binti Mohd Noor yang lahir pada tanggal 10 Februrai 1989 itu.

Wanista nak berkongsi panduan dari hujung rambut hingga hujung kaki, bagaimana anda boleh bergaya seperti Neelofa!

❤️ Gemar Fabrik Polos ❤️

Mungkin lebih mudah untuk memadankan baju dengan celana tidak bercorak. Bak kata orang putih, “less is more”… Neelofa sering selesa mengenakan padanan pakaian yang dibuat berasaskan kain kosong namun masih lagi kelihatan cantik kerana disertai keyakinan diri yang tinggi!

Setidak-tidaknya, Neelofa akan bermain dengan campuran warna eksentrik untuk tampak edgy meskipun helaian fesyen yang dipilihnya polos tanpa cetakan.

❤️ Pastel Serlah Feminiti ❤️

Wanita feminin mana yang tak suka dengan warna pastel seperti kuning air, hijau pudina, merah jambu lembut serta biru cair?

Get your resting beach face on, its Saturday!

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

❤️ Kimono Wrap Sebagai Signature Outfit ❤️

Jika anda mengikuti perkembangan fesyen Neelofa, dia memang suka memakai baju dengan perincian kimono sebegini.

Gaya itu tentunya sangat ikonik untuk mereka yang mahu menyerlahkan potongan pinggang lebih langsing.

 

Eid Mubarak to all my muslim brothers and sisters around the world 😘

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

❤️ Sopan Dengan Palazzo ❤️

Mudah untuk digayakan sekaligus memadankannya dengan pakaian kegemaran, faktor inilah yang mungkin mendorong Neelofa untuk memilih celana palazzo sebagai antara helaian fesyen kegemarannya selain cover up seperti jaket dan kardigan labuh.

Selain cantik dan menampakkan tubuhnya lebih langsing serta tinggi, Palazzo juga sopan sebagai fashion staple untuk para fashionista muslimah sekalian :)

❤️ Platorm Stilettos Is A Must! ❤️

Pernah nampak Neelofa berselipar? Sudah tentulah… At the end of the day, dia cuma manusia biasa. 

Stay focus on whatever you want to do and never doubt yourself. Keep going on!

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Tetapi tahukah anda bahawa sepatu kegemaran Neelofa adalah jenis platform stilettos?

Koleksi platform stilletos milik Neelofa adalah TO. DIE. FOR!

❤️ Manfaat Teknik Layering ❤️

Layering atau teknik melapis ini adalah langkah stailo yang sering diguna pakai dalam ‘kamus fesyen’ sepanjang zaman. 

Magiknya teknik ini, ia mampu menjadikan  item fesyen ringkas menjadi ‘luar biasa’ dalam sekelip mata! Cuma harus pandai menyuai-padankan beberapa helaian fesyen yang bersesuaian bagi menghasilkan penggayaan gempak seperti kemeja lengan panjang yang dipakai pada bahagian dalam sleeveless top seperti di bawah.

 ❤️ Cover Up Buat Penampilan Lebih Classy! ❤️

Cover up seperti kardigan, jaket atau shawl sebegini bakal membuatkan si pemakai nampak elegen jika bijak memanfaatkannya. 

Sunsets and long walks at the beach

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Seperti Neelofa, dia dan helaian cover up bagai sahabat karib yang susah untuk dipisahkan!

Baik gaya formal mahupun kasual, Neelofa is rocking the style perfectly!

❤️ Selendang, Selendang & Sentiasa Selendang ❤️

Sebagai seorang wanita muslimah moden, Neelofa lari dari rutin efisyen wanita masa kini yang gemarkan gaya ringkas bersahaja. Bagi sesetengah orang, selendang adalah pilihan buat mereka yang rajin mengambil masa panjang untuk bersiap di waktu pagi namun Neelofa sendiri selesa memakai selendang dan seperti yang kita tahu, Neelofa adalah pengasas dan wajah bagi jenama tudung keluarannya sendiri iaitu Naelofar Hijab.

Jadi, cara paling bijak untuk melariskan produk jualannya adalah dengan menggayakan helaian selendang dari labelnya sendiri. Jimat bajet juga kan? Hehe

❤️ Menghiasi Tangan Dengan Aksesori ❤️

Baru-baru ini, Neelofa pernah diterbangkan ke Paris untuk membuat satu penggambaran bagi menjayakan kempen raya Swarovski sebagai wajah jenama aksesori kristal premium tersebut. Dari situ kita semua boleh teka bahawa wanita kacukan ini memang minat benar dengan aksesori.

Biarpun mempunyai minat yang mendalam terhadap perhiasan barang kemas, Neelofa lazimnya hanya dilihat menghiasi bahagian tangannya dengan beberapa bentuk cincin dan gelang.

Self-confidence is the best outfit. Rock it and own it! #thatawkwardhandpose

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Jika anda mahu menaikkan seri penggayaan artistik ala Neelofa, anda mungkin boleh cuba sarungkan sebentuk cincin dengan rekaan batu permata menonjol mahupun bangle. Jika tidak pun, gayakan sahaja jam tangan yang bertepatan dengan cita rasa anda. Seperti Neelofa, dia juga pencinta jam tanggan! Patutlah Titan Malaysia memilihnya sebagai duta.

❤️ Lagi Labuh Lagi Cantik? ❤️

Perasan atau tidak, sama ada berseluar mahupun berkain sekali pun, bagi menjaga personaliti diri sebagai seorang muslimah, Neelofa boleh dikatakan suka memilih potongan pakaian yang labuh melebihi paras sepatunya. 

…atau mungkin juga gaya sebegini dapat memberi ilusi seolah ketinggiannya lebih lampai. Ya, biarpun beliau telah sedia menyarungkan sepatu tinggi yang ekstrem!

❤️ Suka Beg Tangan Christian Dior ❤️

Boleh kata, Neelofa ni jarang dilihat menjinjing beg tangan tapi…. apa yang pasti antara jenama tas kegemarannya haruslah Christian Dior!

Jenama yang popular dengan rekaan klasik ini selalu dilihat berdampingan dengan si tuan empunya badan… Tak percaya?

This J'adior flap bag is my current favourite handbag! Pair it with @swarovski ring, it's very chic ❤️

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Bonus!

❤️ Bereksperimen Dengan Kanta Lekap ❤️

Hi there, I'm lost. Can you tell me which road leads to your heart? Help! 🙈🙈🙈

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Jarang mengenakan solekan berat, bagi menyerlahkan keayuan wajahnya, Neelofa jarang meninggalkan rumah tanpa memakai kanta lekap.

Antara warna kanta lekap kegemarannya adalah coklat dan kelabu.

Everything will be okay in the end. If it's not okay, it's not the end 💖 #thatawkwardhandpose

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Tunggu apa lagi? Tiru cara Neelofa bergaya cepat ❤️

Selamat berfesyen ala Neelofa semuanya!

The post Tips Fesyen 101! Jom Bergaya Ikut Cara Neelofa appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 80