Sejak dilancarkan pada Mac awal tahun ini, Nike air VaporMax menjadi bualan di seluruh dunia terutamanya bagi peminat sneakers tegar.
Melambangkan gaya jalanan ikonik yang mempersona, reka bentuk sneakers ini bertepatan dengan jiwa si urban yang gemarkan suatu kelainan.
Bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna, Nike membawa masuk tiga lagi rona baru menerusi koleksi Air Vapormax terkini termasuklah Chrome Blush, City Vibes dan Triple Black.
Nike Air VaporMax Chrome Blush


Nike Air VaporMax City Tribes


Nike Air Vapormax Triple Black

Disisip dengan teknologi baru yang membolehkan si pengguna bergerak tangkas tanpa sebarang halangan, jisimnya lebih ringan sambil mencerminkan suatu penggayaan mahsyur sekaligus menjanjikan keselesaan berganda buat lelaki mahupun wanita.
Boleh mula dibeli dari Nike cawangan Pavilion KL, KLCC dan Mid Valley pada harga RM749 sepasang.
Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.nike.com/my/en_gb]
The post Nike Bangkit Keghairahan Menerusi Tiga Warna Air VaporMax Yang Baharu! appeared first on Wanista.com.