Peneraju jenama fesyen Korea bakal membuka gedung flagship mereka yang pertama di Kota Metropolitan Kuala Lumpur pada 2 Mac akan datang.
The Twee menawarkan pelbagai pilihan menarik yang terdiri daripada item fesyen untuk lelaki dan wanita merangkumi aksesori, pakaian, kasut, beg dan macam-macam lagi.
Harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan, boleh dibeli bermula RM29 hingga RM359 setiap satu.
Bukan itu sahaja, The Twee sangat teruja mahu menampilkan variasi rekaan menarik dari para pereka Korea di mana rata-rata koleksi yang dibawa masuk ke Malaysia itu penuh dengan karakter unik tersendiri.
Gedung Flagship The Twee akan beroperasi di aras Ground Floor KL Gateway Malldari jam 10am hingga 10pm setiap hari.
Jika tiada masa untuk pergi membeli-belah di The Twee pada hujung minggu, khas buat anda yang sibuk, jangan ketinggalan untu melawat gedung flagship tersebut dansertai THE TWEE Lunch Break Deals untuk dapat potongan harga bagi barangan aksesori dari 1 hingga 2pm manakala THE TWEE After Work Great Deals dari jam 6 hingga 7pm untuk dapatkan beg tangan dan kasut pada harga promosi.
Untuk keterangan lanjut, sila layari thetwee.com.my atau lawat laman social rasmi The Twee di:-
Sudah menjadi lumrah, asalkan namanya raja, pasti semua akan diperhatikan oleh orang. Dalam erti kata lain, ramai akan mengkritik tak kisahlah dari segi pemakaian, cita rasa fesyen mahupun sifat dan cara pembawakan diri.
Ramai perasan bahawa Kate Middleton hanya akan memegang beg kepit walau di mana beliau berada manakala suaminya Putera William pula tidak pernah dilihat memakai cincin kahwinnya.
Sumber: biography.com
Satu demi satu misteri keluarga diraja Britain mula dipersoalkan orang dan terkini, netizen tertanya-tanya mengapa Puteri Diana tidak mahu mematuhi protokol yang sebenarnya menggalakkan seorang puteri untuk memakai sarung tangan? Lebih-lebih lagi saat menghadiri acara atau majlis formal yang turut dihadiri ramai undangan termasuklah orang luar melibatkan rakyat jelata.
Sumber: Vanity Fair
Eleri Lynn, merupakan salah seorang kurator yang menguruskan pameran pakaian mendiang Puteri Diana baru-baru ini menyatakan bahawa Puteri berjiwa besar itu sengaja menolak protokol diraja untuk memakai sarung tangan kerana dia gemar dan mahu berjabat tangan dengan semua orang yang ditemuinya termasuklah rakyat jelata. Dia mahu mempunyai ‘hubungan terus’ dengan semua orang tanpa mengira darjat.
Pameran koleksi pakaian milik mendiang Puteri Diana. Sumber: GettySumber: Getty
Bukan itu sahaja, Puteri Diana juga tidak gemar memakai topi seperti mana ibu mertuanya, Queen Elizabeth yang tidak pernah lekang daripada aksesori topi di kepala kerana menurutnya, hal itu akan menyukarkan dirinya untuk memeluk anak-anak kecil. Jelas Puteri Diana suatu ketika dahulu, “You can’t cuddle a child in a hat”.
Sumber: Tim Graham/GettySumber: Getty
Puteri Diana sememangnya jujur menjadi dirinya sendiri serta berani menonjolkan sifat yang sebenar melihatkan mendiang sanggup mengingkari protokol diraja Britain waktu itu di mana topi dan sarung tangan adalah sebahagian aksesori utama untuk seorang wanita yang berstatus diraja.
Jika pakaian rona gelap seperti hitam adalah seragam lazim yang digayakan seseorang saat menghadiri rumah sakit, sebaliknya Puteri Diana cuba menyuntik jiwa baharu apabila tampil memakai pakaian berwarna terang demi menceriakan para pesakit saat membuat lawatan di hospital.
Sumber: Getty
Jelas, wanita ini sememangnya insan yang sangat ikhlas dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Puteri. Beliau juga tidak kisah untuk meletakkan diri sama rendah dengan rakyat dan orang dikelilingnya tanpa dihantui sifat berat sebelah. Maka benarlah Puteri Diana ikon wanita sepanjang zaman.
Sumber: Nils Jorgensen/Rex FeaturesSumber: Nils Jorgensen/Rex FeaturesSumber: Nils Jorgensen/Rex FeaturesSumber: Nils Jorgensen/Rex FeaturesSumber: Nils Jorgensen/Rex FeaturesSumber: Nils Jorgensen/Rex FeaturesSumber: Nils Jorgensen/Rex Features
Sudahlah cantik, berjiwa besar, cita rasa fesyennya juga cukup menyerlah memberi inspirasi kepada wanita sekaligus berjaya menjadi cinta hati rakyat di seluruh dunia.
Gigi Hadid dilihat memakai cincin pada jari manisnya selepas muncul pada acara Paris Fashion Week semalam.
Victoria’s Secret Angel itu juga dilapor meninggalkan sebuah hotel di Paris bersama teman lelaki kacaknya, Zynn Malik selepas menghadiri sebuah acara pelancaran koleksi terkini jenama Tommy Hilfiger.
Sumber: Mirror.co.uk
Gigi, 21, yang berpakaian kasual waktu itu memancarkan aura kegembiraan pada raut wajah manakala pada jari manisnya pula tersemat cincin emas berbatu yang merupakan pemberian istimewa oleh Zynn, 24, sebagai tanda perjanjian ikatan cinta mereka.
Sumber: Mirror.co.ukSumber: Mirror.co.uk
Tiada lagi rahsia, mereka turut berjalan sambil berpegangan tangan yang menguatkan lagi bahawa mereka sememangnya serasi dan serius untuk ‘terjebak’ dalam percintaan sebenar.
Pada hari yang sama, Gigi juga tanpa segan silu ada memuat naik foto teman lelakinya itu di Instagram Story yang disertai kapsyen “LOVE OF MY LIFE”.
Sejak diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1979, Air telah menjadi satu puncak utama untuk Nike. Sebelum ini selama 8 tahun ia disorokkan dari penglihatan dan dapat dirasa. Kemudian pada tahun 1987 ia diperkenal sebagai Air Max dan bermulanya revolusi Air.
Foto – arkib Wanista.comNike Air Atmos. Foto – arkib Wanista.com
Ia berkembang dari pelari sehinggalah kepada pemain tenis, bola keranjang dan para pelatih memilih Nike Air. Pada masa yang sama ia juga menjadi fesyen untuk kegunaan aktiviti harian. Hampir 30 tahun, Air Max terus berkembang menjadi pilihan atlet dan pengemar kasut sukan.
Nike Air VaporMax. Foto – arkib Wanista.com
Bagi menyambut Hari Air Max atau Air Max Day, Nike mengeluarkan kembali koleksi retro dan inovatif bermula Mac ini. Ianya juga termasuklah pelancaran kasut terbaru mereka Nike Air VaporMax dimana potensi menunjukkan jenama Nike lebih gagah.
Bakal ditayangkan pertengahan bulan ini, filem Beauty and the Beast dijangka menjadi hit di seluruh dunia.
Bagi memeriahkan lagi tayangan filem tersebut, Melissa, jenama kasut tersohor memperkenalkan koleksi terbaharu untuk wanita dan kanak-kanak perempuan yang diinspirasi daripada mawar keramat milik Beast dalam filem tersebut.
Kasut sarung Melissa + Beauty and the Beast untuk wanita yang dihiasi bunga ros metalik: RM409.00
Kasut tumit rendah yang dhiasi motif bunga ros timbul pelbagai warna ini sesuai untuk digayakan bersama pakaian kasual untuk tambah elemen feminin.
Mini Melissa Ultragirl + Beauty and the Beast dihiasi karakter Chip Potts dan Mrs Potts untuk kanak-kanak perempuan: RM359.00Mini Melissa Ultragirl + Beauty and the Beast dihiasi bunga ros untuk kanak-kanak perempuan: RM359.00
Fenomena selendang atau shawl sudah menguasai dunia hijab sekarang.
Bermula dengan inspirasi dari selendang Yuna sampailah hingga kini ramai dikalangan wanita berhijab Malaysia memilih selendang sebagai pelengkap gaya. Dari sehelai selendang anda boleh mendapatkan pelbagai look.
Yuna. Foto – http://ckazri.blogspot.my
Namun tahukah anda, masih ada lagi segelintir wanita yang tidak mengikuti trend selendang termasuklah penulis. Antara faktor utama penulis tidak memilih selendang ialah bentuk muka penulis yang agak panjang dan lebar serta bila anda seseorang yang berkaca mata ia tidak memberi bentuk yang cantik. Sebab lain penulis tidak memakai selendang ia menyukarkan penulis untuk makan ia akan bergerak-gerak dan yang paling tak best kena pakai banyak sangat pin atau jarum peniti!
Ooppss…itu hanya dari pendapat peribadi penulis sahaja…
Jadi penulis sehingga kini memilih tudung bawal yakni tudung yang pernah menjadi pilihan nombor satu wanita Malaysia. Setuju tak?
Ramai yang cakap tudung bawal kini sudah lapuk, tidak ikut trend dan makcik – makcik sahaja yang pakai tudung bawal. Kurang ajar!
Penulis sediakan 5 sebab kenapa tudung bawal masih lagi relevan untuk dipakai…
#1 Selesa
Nak menguyah laju-laju, nak buka mulut luas masa makan tak jadi masalah. Paling best bila bersukan pakai tudung bawal memang langsung tidak rasa terganggu. Fabrik tudung bawal pun banyak variasinya, jadi anda boleh pilih bersesuian dengan aktiviti, kalau nak efek glamour boleh pilih tudung bawal dari satin.
#2 Mudah Digayakan
Sekarang nak lilit macam selendang, tudung bawal pun boleh. Tapi jika anda tak suka terlilit sampai terjerut, gantikan sahaja tudung bawal polos anda dengan tudung bawal bercorak atau berbatu manik / mutiara. Lebih menarik lagi anda boleh kenakan warna tudung bawal anda dengan anak tudung didalam. Jadilah tidaklah bosan asyik warna hitam sahaja anak tudung. Pakai tudung bawal ini tak perlu anda tengok langkah-langkah di Youtube sampai dua tiga kali. Cukup 5 minit anda dah ready untuk pergi dating!
#3 Beri efek anggun dan jelita
Penulis suka tengok gaya tudung bawal dari wanita Brunei. Perasan tak mereka selalu kelihatan anggun setiap masa. Cuba lihat gambar Fazura diatas yang berhijab gaya seperti wanita Brunei. Sekali tengok, dia persis kerabat Sultan Brunei pula. Sesungguhnya tiada siapa dapat menolak fakta wanita yang mengenakan tudung bawal lebih anggun dan jelita. Setuju tak?
#4 Kelihatan bersederhana / modest
Sesuai dengan wanita Melayu yang dikenali sebagai wanita yang ayu dan sopan. Persis siapa yang memakainya langsung tidak kelihatan keterlaluan atau menjolok mata. Penulis suka tudung bawal sebenar sesuai sahaja dengan semua jenis bentuk muka, ia dapat membentuk muka anda menjadi bujur sirih. Tak percaya? Jom cuba sekarang..
#5 Lelaki lebih terdorong memilih wanita yang memakai tudung bawal
Tak tahu lah kalau teman lelaki anda, tapi ramai kenalan lelaki dan teman lelaki penulis sendiri memilih wanita yang memakai tudung bawal. Alasannya? Ia lebih menarik perhatian mereka kerana pemilik wajah yang memakai tudung bawal lebih bersahaja dan tidak over. Senang cerita, lelaki suka wanita yang simple and easy going dalam hidup dan juga dalam fesyen. Penulis nak tegaskan kisah viral fakta 97.7% lelaki suka wanita bertudung awal palsu! Penulis tidak ambil dari fakta palsu tersebut okay…
Sebelum ada peminat selendang disini nak jadi wira papan kekunci, ingat…..
Perkataan ‘fashionista’ muncul pada tahun 1990, ianya untuk seseorang yang menggemarkan fesyen dan sentiasa dihadapan dalam mengikut trend fesyen. Senang kata tak pernah ketinggalan langsung tentang dunia fesyen, tahu sahaja apa yang baru dan lama.
Namun secara zahirnya si fashionista bukanlah yang sentiasa mengikut trend tapi bijak dalam mengaplikasikan setiap pakaian dan aksesorinya menjadi sebuah yang lain dari yang lain.
Jadi level fashionista ini bukan biasa-biasa tau, dia dikira sebagai seorang yang mencipta fesyen itu!
Foto – Giphy
Layakkah anda digelar fashionista kalau setakat mempunyai dua atau tiga kasut sahaja? Jom kita sama-sama bergerak perlahan menjadi fashionista, kita bermula dengan kasut dahulu. Ini 7 kasut yang perlu anda miliki saat ingin menjadi fashionista.
#1 Loafer Mule – Sesuai ketika menghadiri acara kasual atau ke pejabat. Sesuaikan kasut loafer mule dengan kot bersama seluar slack atau denim longgar. Selebriti yang gemar mengayakan kasut ini ialah Dakota Johnson!
Dakota Johnson. Foto – arkib Wanista.com
#2 Ankle-Strap Heels – Serlahkan bentuk kaki anda yang seksi dengan kasut bertumit tinggi dengan lilitan pada buku lali. Rekaan kasut ini memberi efek kaki tampak panjang bak supermodel. Tidak cukup dengan busana yang seksi, begitu juga dengan kaki Jennifer Lawrence.
Jennifer Lawrence. Foto – arkib Wanista.com
#3 Peep-Toe Mule – Seakan dengan loafer mule, kasut peep-toe mule ini ditambah dengan perincian tumit tinggi dan terbuka dibahagian hadapan. Pada perhatian penulis tidak ramai yang mengayakan kasut ini. Jadi ini satu permulaan untuk anda memulakan lagak fashionista anda dengan peep-toe mule. Lihat Sienna Milleryang selamba sahaja memakai peep-toe mule warna biru baldu.
Sienna Miller. Foto – arkib Wanista.com
#4 Pump – Siapa yang berbadan kecil molek seperti Neelofa sangat beruntung! Anda bisa mengayakan kasut tumit tinggi jenis pump tanpa risau kelihatan seperti galah panjang. Bersama denim, seluar slack atau apa sahaja busana, kasut pump beri pandangan pada umum yang anda sememangnya seseorang yang setia pada fashion rules.
Neelofa. Foto – arkib Wanista.com
#5 Animal Print Flat – Anda inginkan berpenampilan warna polos atau kosong, nah kemaskan langkah dengan kasut bercetak bintang seperti Gigi Hadid. Tonjolkan sifat berani dan garang anda dari hujung kaki mu, biasa tampak manis apa kata kali ini biar ada sedikit elemen ‘kasar’.
Gigi Hadid. Foto – arkib Wanista.com
#6 Ankle Boots Heels – Mungkin di Malaysia anda berasa tidak sesuai untuk memakai boot kerana cuaca negara ini yang panas. Tapi hey! Cuba gayakannya saat anda pergi mengembara ke luar negara. Lihat si puteri Kate Middleton menyarung ankle boots dengan dress paras lutut. Ingin tampak sopan atau kekal panas sarungkan bersama stokin panjang.
Kate Middleton. Foto – arkib Wanista.com
#7 Statement Heels / Flat – Walaupun anda pakai pakaian yang biasa seperti kemeja atau t-shirt, tambah sedikit aura ‘mewah’ dengan menyarung kasut tinggi atau flat dengan berperincikan berlian atau aksesori gemerlapan. Pelik? Cuba anda lihat gaya Olivia Palermo yang kasual tapi bertitipkan sedikit ‘wow’ dengan kasut yang disarungkannya.
Olivia Palermo. Foto – arkib Wanista.com
Dari 7 ini yang mana anda sudah lama punyai? Kongsikan dengan Wanista!
KACA-KACA EYEWEAR adalah nama yang tidak asing lagi dalam dalam arena fesyen di Malaysia. Rangkaian aksesori kaca mata yang dihasilkan cukup mempersona dan mode, bahkan sangat bersesuaian dengan gaya pemakaian masyarakat hari kini.
Foto: Arkib Wanista
Foto: Arkib Wanista
Foto: Arkib Wanista
Melihatkan cuaca di Malaysia yang diterangi terik mentari saban hari, adalah wajar untuk seseorang menjadikan kaca mata hitam sebagai peneman gaya. Tidak kiralah bagi yang rabun atau pun tidak, kaca mata kini boleh dikira sebagai aksesori yang mampu menyerlahkan personaliti individu agar tampak lebih eksklusif dan unik.
Justeru, KACA-KACA EYEWEAR tampil memenuhi permintaan semua dengan memperkenalkan beberapa siri koleksi rekaan kaca mata terkini khas untuk semua peringkat umur termasuklah untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Foto: Arkib Wanista
Menawarkan harga mampu milik dari RM49 hingga RM138 untuk yang biasa serta RM60 hingga RM290 untuk kaca mata yang disertai kuasa buat si pemakai yang rabun, semua orang kini bisa bergaya sakan dengan memiliki sepasang kaca mata istimewa yang dipilih mengikut cita rasa tersendiri.
Selain variasi pilihan bingkai pelbagai gaya yang boleh dipadankan dengan aktiviti harian serta majlis yang dihadiri, pengguna juga berpeluang memilih lensa mengikut kehendak -ditawarkan dalam bermacam rona serta fungsi termasuklah lensa anti-biasan, lensa jenis Blue Coat yang turut ditawarkan dalam potongan nipis dan tebal.
Pengguna tidak perlu gusar kerana setiap satu kaca mata yang dihasilkan telah mendapat nasihat daripada pakar mata profesional demi memberi impak kepuasan yang nyata buat semua.
Fendi memperkenalkan ROMA, koleksi kaca mata ranggi untuk musim Bunga/Panas 2017 yang merangkumi rekaan bingkai yang berkonsepkan ringkas dan santai.
Foto -Arkib Wanista
Bukan itu sahaja, ia turut dibina menggunakan struktur bingkai lensa yang berlandaskan bentuk-bentuk geometri untuk menonjolkan keunikan yang tidak keterlaluan dan bersifat universal. Ia adalah elemen yang sengaja diterapkan bagi mengimbau stuktur binaan Roman yang sangat terkenal dengan gaya artisan tersendiri.
Foto -Arkib Wanista
Sesuai untuk semua pembawaan gaya dari yang klasik hingga ke moden, kaca mata dari koleksi Fendi ROMA ini menerapkan ciri ergonomik yang pastinya amat sesuai untuk bentuk muka orang Asia.
Foto -Arkib Wanista
Terdapat dalam bingkai pilihan berwarna hitam, biru, merah dan Havana yang digabungkan dengan ronalembut ala pastel seperti merah jambu, hijau, putihdan violet.
Foto -Arkib Wanista
Setiap satu rekaan melambangkan kemahsyuran bumi Rome yang diselit dengan sifat elegen jenama fesyen Fendi, ia adalah koleksi premium berkualiti yang memanfaatkan kefungsian optimum.
Tidak terhad seperti zaman dahulu, muda-mudi sekarang lebih mudah mendapatkan item fesyen terkini selari mengikut perkembangan trend semasa kerana telah banyak wujudnya butik-butik berjenama antarabangsa di pusat-pusat membeli-belah tempatan, tidak kurangnya juga servis personal shopper yang menetap di luar negara serta platform membeli-belah atas talian yang muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Seleksi pilihan yang ada membuka lebih banyak peluang dan pilihan para pengguna terutamanya fashionista untuk mendapatkan item fesyen bermutu pada harga mengiikut kemampuan masing-masing.
Terkini, sandal sarung atau lebih dikenali sebagai sliders semakin mendapat perhatian sejak diperkenalkan kembali Rihanna menerusi koleksi rekaan kolaborasinya untuk Fenty PUMA.
Fur Slides oleh Fenty PUMA by Rihanna. Sumber: pinterest
Sedikit lari daripada norma sifat wanita yang kebiasaanya lebih selesa menggayakan tumit tinggi untuk kelihatan feminin, trend pemakaian slides sebegini secara tidak langsung mampu menerapkan satu gaya baharu yang versatile.
Bukan sekadar sandal sarng biasa, rekaan slides terkini menggabungkan keunikan perincian yang kemudiannya dihiasi pelbagai material lain agar tampak mewah dan ranggi!
Khas buat peminat fesyen diluar sana, Wanista cadangkan beberapa slides cantik yang boleh anda beli dan cuba ❤️
Jika ditanya barang apa yang wajib dibawa bersama ketika keluar rumah, pasti telefon bimbit menjadi yang utama. Telefon pintar kini bukan lagi satu kemahuan ia sebenarnya keperluan yang mesti ada pada setiap orang. Tak kisahlah jenama telefon pintar apa sekalipun yang pasti ia lengkap dengan info peribadi, kecemasan dan aplikasi menarik untuk kegunaan seharian.
Wanita khususnya ada sahaja perkara yang banyak diselesaikan dari hal keluarga, rumah, kerja sehinggalah yang peribadi. Kalau semuanya hendak disumbatkan dalam kepala memang sampai sudahnya ada sahaja yang lupa. Bagi anda yang masih tercari-cari alat bantuan untuk melancarkan hidup anda, Wanista cadangkan anda untuk muat naik aplikasi telefon dibawah ini!
#1 Kalendar Haid
Percayalah, masih ada lagi diantara kita yang tidak tahu mengira tarikh haid dan lupa tarikh haid yang akan datang. Bila terjadi perkara ini, mula lah tidak sedia dengan sebarang tuala wanita alasan tak tahu bila haid nak datang, lupa nak pergi beli. Jadi pastikan anda muat turun kalendar haid yang membantu untuk mengira dan memberi tanda awal untuk anda bersedia dengan minggu haid!
Takkan anda hendak bawa buku nota kemana-mana sahaja? Atau jika tinggalkan mana-mana nota di kertas pasti kertas tersebut akan menghilangkan. Mudahkan urusan membeli barangan keperluan dan pelbagai nota peribadi dengan memuat naik aplikasi nota.
Bila anda ada banyak undangan majlis atau keraian memang tidak mudah untuk ingat semua itu. Sama juga dengan tarikh-tarikh penting seperti ulangtahun kelahiran, tarikh pergi melancong anda wajib countdown untuk lebih bersedia. Bila ada kiraan hari, jam, minit seperti ini, lebih mudah untuk anda merancang pelbagai persediaan keperluan atau apa sahaja.
Dah bayar ke belum? Bila tiba awal bulan pasti banyak bil dan isu-isu pembayaran untuk dijelaskan. Jika anda memiliki aplikasi khas untuk menunjukkan carta pembayaran pasti bajet kewangan seperti keluaran untuk pembayaran bil lebih jelas dan terancang. Perbelanjaan, simpanan dan pelaburan pun boleh dikawal hanya melalui telefon pintar.
Lebih gah daripada kempen-kempen adidas Originals sebelum ini, koleksi Hu yang mendapat idea olahan semula daripada selebriti dan fashionista lelaki Pharell Williams, Hu mencerminkan ciri moden ringkas yang artistik.
Masih menerapkan ciri rekaan koleksi Hu yang terdahulu, sneakers yang ditiup dengan nafas baru ini dicipta berdasarkan warna ikonik kasut tenis klasik ciptaan adidas terdahulu.
Kasut putih yang dipadankan dengan perincian tampalan logo hijau diinspirasi dari koleksi Stan Smith manakala yang dihiasi perincian tapak kuning serta tampalan logo warna emas pada bahagian penutup buku lali kasut adalah hasil yang disunting dari rekaan sneakers adidas Forest Hills keluaran 1970.
Tennis Hu ini bersifat mudah bernafas, selari untuk koleksi musim panas adidas Originals malah turut disisip dengan teknologi bermutu untuk keselesaan berpanjangan buat si pemakai. Kanvas yang membaluti kasut adalah sejenis material Primeknit yang mudah regang.
Bukan itu shaja, demi menawarkan keselesaan berganda buat pengguna, Tennis Hu turut dilapisi tapak EVA yang jelas lembut apabila dipijak.
Sememangnya Pharell mahukan sesuatu yang kelihatan moden di samping ringan agar memudahkan pergerakan tangkas .
Boleh dibeli di butik adidas Original cawangan Pavilion, CROSSOVER Midvalley dan gedunng atas talian [shop.adidas.com.my] mulai esok, 6 Mei 2017, harga yang ditawarkan sepasang untuk Tennis Hu adalah RM610 dan terdapat dalam saiz UK4 hingga UK11.
Wanita amat sinonim dengan sifat yang gemarkan kecantikan. Bagi melengkapi keperluan kaum wanita sejagat hari ini, Casio memperkenalkan siri kemera baharu model EX-FR100L menyertai keluarga EXILIM FR.
Bisa menghasilkan imej semula jadi yang bersifat mempersona, ianya bersesuaian untuk kegunaan bebas individu tidak kisahlah untuk merakam potret suasana indah alam mahupun foto selfie peribadi bila-bila masa dan di mana jua tanpa sebarang halangan!
Foto -Arkib Wanista
Kamera baru ini berciri versatile di mana kerana turut ditemani fungsi Make-up Art, merupakan sejenis fungsi penyunting foto yang boleh menetapkan tahap kelicinan kulit sehingga 12 kali ganda termasuklah menyekatakan tona kulit dan banyak lagi.
Foto -Arkib Wanista
Selain kalis air dan debu, EX-FR100L turut hadir dengan lensa bersaiz 16mm yang boleh membuatkan rakaman foto individu kelihatan lampai dan langsing dalam sekelip mata.
Penyelarasan untuk mencantikan wajahdengan fungsi Make-Up Art. Foto -Arkib Wanista
Bagi memudahkan pengguna untuk membuat sebarang pemindahan gambar pula, kamera mewah ini boleh dimanfaatkan melalui perisian bluetooth tenaga rendahnya malah bisa disambungan terus ke telefon pintar menggunakan aplikasi sambungan EXILIM.
Foto -Arkib Wanista
Dijual pada harga RM2,149, model EX-FR100L hanya ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu putih dan merah jambu sahaja.
Untuk keterangan lanjut, sila lawat laman Facebook rasmi Casio Exilim Malaysia di [www.facebook.com/CasioExilimMalaysia]
Ramai anak muda masa kini lebih tertarik untuk bergaya seiring dengan trend fesyen semasa melupakan asal usul gaya fesyen klasik yang sebenarnya lebih gah.
Bagi penulis sendiri, penulis lebih memilih untuk bergaya ala klasik kerana perinciannya sensual bahkan memiliki aura yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata kerana sifatnya begitu tersendiri.
Sama seperti beg tangan jerami ini…
Aneka bentuk, aneka saiz, aneka warna… semuanya memiliki sifat unik memukau yang pastinya memukau untuk digayakan lebaran ini.
Manis sopan menggayakan pakaian kebangsaan, jangan sesekali lupa aksesori yang sebenarnya berfungsi sebagai penyeri kepada persona yang dibawakan. Selain kasut, pemilihan beg tangan juga mustahak tahu?
Bukan sahaja untuk beg tangan jerami, apa sahaja beg yang anda pakai haruslah disesuaikan dengan saiz badan. Jika tubuh anda bersaiz kecil (petite) seperti penulis, pilihlah beg yang genit. Jangan biarkan saiz beg mengaburi gaya anda :)
Jika anda adalah seorang “budak bandar”, sudah tentu anda gemarkan sesuatu yang ditemani elemen moden kan?
ZARA: RM199
Beg jerami rekaan terkini tidak lagi terhad seperti dahulu, jadi buatlah pilihan yang tepat bedasarkan cita rasa peribadi seperti beg jerami yang dihiasi sulaman manik menggoda!
Buat anda yang memakai baju kurung ala kampung seperti baju kurung cotton atau mungkin juga busana lebaran yang polos tanpa corak, kantung jerut bersaiz comel ini pasti nampak manis bila digandingkan bersama.
ZARA: RM199.90
Cukup untuk anda muatkan kaca mata gelap, gincu, tisu poket, telefon pintar, cermin dan beg duit semasa beraya nanti!
Alah lecehnya bila kena bawa banyak jenis beg untuk dipadankan dengan pelbagai gaya pakaian semasa balik kampung nanti!
Untuk selesaikan masalah anda, apa kata cari satu beg yang sesuai dengan semua jenis baju.
ZARA: RM199.90
Bukan saja sesuai untuk dipadankan dengan baju kurung atau pakaian raya yang lain, dengan pakaian berseluar sebagai peneman gaya kasual santai pun nampak cantik tau! Jadi, tak payahlah bawa banyak jenis beg tangan masa balik kampung nanti.
Ada ke yang bergaya ala ratu kebaya untuk raya tahun ni? Jom tiru inspirasi fesyen Saloma dengan menggayakan beg dengan reka bentuk melengkung umpama bakul ini.
ZARA: RM249
Klasik tapi masih lagi nampak bergaya dengan perincian rekaan moden pada tali pemegang.
Boleh pakai tiga cara, sama ada gantungkan di bahu, disilangkan pada badan mahupun jinjit saja di pergelangan tangan. Serius menawan!
Suka bermain dengan elemen eksentrik untuk jadi lain daripada yang lain? Boleh cuba padankan beg berbentuk tembikai sebegini untuk tarik perhatian mereka yang memandang.
Corgi Fashion: RM59
See… tak susah pun sebenarnya nak bergaya sakan di pagi raya kan? Perlu pandai pilih aksesori yang betul and you are good to go!
Sebagai seorang penggemar beg tangan bersaiz genit, penulis memang dah lama tertarik dengan koleksi tas milik Queen Elizabeth.
Sumber: Pinterest
Jika anda seorang penggemar fesyen seperti penulis, anda pasti peka dengan gaya yang sering ditampilkan figura terkemuka seperti selebriti termasuklah mereka yang berasal dari golongan berstatus seperti Queen Elizabeth sendiri. Terdahulu, mendiang Puteri Diana juga sering menjadi perhatian media kerana gaya fesyennya yang sangat artistik dan bersifat tersendiri.
Sumber: Daily Mail/ Getty Images
Jadi, apa yang menarik sangat tentang tas tangan kegemaran Queen Elizabeth ini?
Sumber: Kiera Reilly
Launer adalah jenama beg tangan mewah buatan London kegemaran Queen Elizabeth sejak tahun 1968. Ini kerana beg tangan tersebut mempunyai reka bentuk yang ringkas dan formal, bersesuaian dengan gaya dan personaliti seorang ratu yang dibawakan oleh Queen Elizabeth melihatkan beliau sering menggayakan pakaian rona terang dan lebih padan apabila digayakan dengan aksesori yang minimalis.
10 Fakta Tentang Beg Tangan Kegemaran Queen Elizabeth
Sumber: Pinterest
#1Cermin Poket & Gincu Wajib Ada Dalam Beg
Sumber: eonline.com
Melihatkan dirinya yang sering menghadiri majlis keramaian serta sering menjadi perhatian lensa kamera dan umum, antara barang yang akan dimuatkan bersama dalam beg tangan Launer kegemarannya adalah gula-gula penyegar nafas, sebatang pena tinta, cermin poket, gincu dan beberapa item peribadi lain.
#2 Bawa Gambar Keluarga Ke Mana Sahaja
Sumber: eonline.com
Seorang yang penyayang, kata pakar beg tangan diraja, Queen Elizabeth sering membawa foto keluarganya dalam beg tangan.
#3Bawa Pencangkuk Beg
Sumber: eonline.com
Sering membawa tas yang sama kerana obses dengan jenama beg tangan Launer tersebut, Queen Elizabeth sangat menjaga keadaan beg tangannya agar tidak mudah rosak dan reput. Oleh itu, beliau sering membawa pencangkuk beg bersama untuk menggantung beg tangannya di penjuru meja apabila berada di majlis-majlis keramaian ketika berlangsungnya acara bersantap.
#4Dipenuhi Barang-Barang Kecemasan
Sumber: eonline.com
Kata seorang kakitangan diraja yang sering berdamping dengannya, beliau adalah wanita yang praktikal kerana sering membawa satu seluar dalam gantian, benang dan jarum, sarung tangan serta satu kain lembab yang siap disembur dengan wangian lavender (akan digunakan ketika cuaca panas).
#5Bawa Duit Kertas £5 Atau £10 Setiap Hari Ahad
Sumber: Pinterest
Bedell Smith, penulis buku biografi Elizabeth the Queen: The Woemn Behind The Throne berkata, pada hari biasa beliau langsung tidak akan membawa sebarang dompet atau wang dalam beg tangan.
Sumber: Great British Magazine
Beliau cuma akan membawa wang kertas bernilai £5 atau £10 yang siap dilipat pada setiap hari Ahad untuk didermakan ke tabung gereja yang dihadirinya.
#6 Tangan Kiri
Sumber: Pinterest
Queen Elizabeth akan membawa beg tangan menggunakan tangan sebelah kiri.
#7Koleksi Beg Launer Lebih 200
Sumber: Pinterest
Dikhabarkan Queen Elizabeth mempunyai lebih 200 beg tangan jenama Launer pelbagai warna dan rekaan. Queen Elizabeth mula jatuh cinta dengan jenama mewah itu sejak tahun 1968.
Sumber: Fashion Mommy
Namun rekaan kegemarannya adalah tas kulit rona hitam klasik jenis Traviata dari Launer.
***sebab itu selalu nampak beliau ulang pakai beg tangan hitam yang sama.
#8 Kaca Mata Untuk Membaca
Sumber: Getty Images
Selain membawa gincu jenama Clarins untuk disapu ke bibir setiap kali warna gincunya pudar selepas makan, beliau juga memuatkan kaca mata rabun dekat khas untuk membaca dalam beg.
#9 Tak Suka Beg Berzip
Sumber: Pinterest
Sebab itu boleh lihat, rata-rata beg tangan Launer yang digayakannya adalah tidak berzip agar mudah untuk mengakses (memasuk dan mengeluarkan) barangan tanpa halangan.
#10 Sebagai Signal Rahsia Kepada Staf
Sumber: Wikipedia
Sejak kebelakangan ini terbongkar kisah bahawa Queen Elizabeth menggunakan beg tangan sebagai isyarat untuk disampaikan kepada pegawai beribadinya.
Sumber: Pinterest
Mengalihkan beg dari satu tangan ke tangan yang satu lagi bermaksud dia bersedia untuk menghentikan perbualan dengan orang yang berada di kelilingnya waktu itu.
Meletakkan beg atas lantai bermaksud dia tidak seronok dengan perbualan yang sedang disertainya.
Meletakkan beg tangan di atas meja santapan di majlis keramaian bermaksud dia bersedia untuk menamatkan sesi atau acara makan tersebut.
Bagi menyambut kemegahan inovasi sepatu klasik CAMPUS dari adidas Originals. jenama ikonik ini sekali lagi mengeluarkan rekaan CAMPUS yang telah diolah dan diberi nafas baharu menerusi rekaan yang dilitupi fabrikasi jenis baldu pada bahagian atas kasut manakala perincian tiga jalur pula diterapakan pada bahagian sisi untuk lebih keunggulan.
Ditawarkan dalam pilihan rona hitam, kelabu dan biru, setiap satunya berciri artistik yang mampu menyalurkan aura berani buat si pemakai.
Kempen No Time To Think telah diinspirasikan oleh keadaan hip di Kota New York sekitar tahun 90an untuk mencerminkan keaslian serta kreativiti rekaan kasut versatile berkenaan digandingkan pula dengan bakat seperti Blondey McCoy, Na-Kel Smith, Tavia Bonetti dan Tiffany Lighty kerana memiliki personaliti setanding penjenamaan yang dibawakan perwatakan CAMPUS.
Sejak rekaan sneakers CAMPUS ini mula diperkenalkan pada tahun 1980, ianya adalah antara kasut yang paling gah di arena bola keranjang.
Pada awalnya dahulu hanya terdapat dalam warna merah hati dan hijau namun kini, ianya semakin diminati dan telah disisip dengan pelbagai perincian baharu lebih moden agar bersesuaian dengan gaya pemakaian individu masa kini.
Terutamanya bakal-bakal pengantin, pasti ramai yang keliru sekaligus binggung apakah emas kuning atau emas putih yang lebih cantik untuk dipakai.
Kebiasaannya mereka yang bersifat tradisional lebih gemar memakai emas kuning kerana kita tahu nilai emas kuning memang tiada bandingannya -melambangkan perhiasan yang berharga, namun lain pula bagi gadis-gadis sunti yang lebih moden kerana semuanya bercita rasa ala orang barat yang tertarik pada rekaan perhiasan emas putih kerana nampak lebih anggun dan unik.
Tidak kurangnya, anda juga yang berminat dengan batu permata. Tetapi berapa ramai pula yang prihatin tentang kesesuaian aksesori dengan diri sebelum membelinya?
Sumber: flickr
Penulis sendiri adalah seorang yang sangat cerewet apabila perlu mengeluarkan bajet yang banyak. Jadi sebelum membeli, penulis akan berkira-kira terlebih dahulu dambil meneliti kualiti, membandingkan harga dan sebagainya. Jika anda mahu membeli sesuatu pada harga yang tinggi seperti cincin kahwin atau barang kemas, sudah tentu anda juga akan menimbang tara perinciannya dahulu. Jika beli tapi selepas beberapa minggu anda rasa ianya tidak sesuai dengan diri buat apa, betul tak?
Sumber: Grace Woodrow Jewelry
Wanista kongsikan cara bagaimana anda boleh mencari aksesori barang kemas yang bukan sahaja cantik malah bertepatan dengan tona kulit.
#1Periksa Warna Urat Untuk Tahu Emas Atau Perak Lebih Sesuai
Bawah cahaya matahari, periksa warna urat pada pergelangan tangan. Jika nadi berwarna biru, bermakna anda memiliki tona kulit sejuk. Jika urat berwarna hijau, anda memiliki tona kulit panas. Jika keliru kerana kadang-kala urat anda kelihatan hijau dan kadang-kala berwarna biru? Itu bermakna anda neutral!
Sumber: easytehran.com
Kulit tona sejuk = Barang kemas perak(silver/emas putih)
Kulit tona panas =Barang kemas asli (emas kuning)
Neutral =Bertuah! Sesuai sama ada memakai barang kemas rona perak mahupun emas kuning.
#2 Warna Permata
Sumber: pinsdaddy.com
Berlian, delima, nilam… semuanya cantik-cantik belaka buatkan kita berpinar kerana rambang mata. Mana yang sesuai dengan diri?
Tona kulit sejuk sesuai dipadankan dengan semua jenis batu permata terutamanya berlian kerana kilauannya bakal menyerlahkan kompleksi kulit anda itu.
Sumber: pinterest
Bagi yang bertona kulit panas pula, cuba cari batu permata yang mempunyai kilauan yang agak kekuningan seperti batu permata jenis peridot, jed, imperial topaz, cintrine dan lain-lain. Elakan batu permata warna menonjol seperti biru, ungu, merah jambu dan emerald kerana ianya akan nampak janggal pada tona kulit gelap.
#3 Warna Mutiara
Sumber: Pure Pearls
Mutiara hadir dalam pelbagai warna. Bukan sahaja dijumpai dalam warna putih bahkan kadang-kala ada mutiara yang berwarna kuning keemasan, hitam serta merah jambu. Jadi yang mana lebih sesuai dengan tona kulit anda?
Mutiara hitam. Sumber: medium.com
Tona kulit sejuk lebih cantik dilihat dengan mutiara yang berasaskan rona putih klasik manakala tona kulit panas lebih menawan jika dipadankan dengan butiran mutiara berwarna agak gelap seperti hitam, kebiruan mahupun kuning keemasan.
Mutiara dalam kumpulan rona merah jambu yang sesuai untuk si tona panas. Sumber: Pearls Only
Ingat, jangan beli kerana nafsu tapi belilah kerana anda suka dan bersesuaian dengan diri. bak kata pepatah, “ukur baju perlulah di badan sendiri”.
Dari raut wajahnya yang anggun memukau, pasti ramai wanita jadi iri. Mula menjadi perhatian semenjak memenangi gelaran sebagai Dewi Remaja untuk tahun 2009/2010 dan kini, Neelofa telah pun berjaya bukan sahaja dalam bidang lakonan dan pengacaraan malahan juga bidang pernigaan yang diceburinya.
Sumber: Pinterest
Selain kecantikan aslinya, gaya dan cara pemilihan fesyen oleh wanita versatile ini juga sangat berkelas membuatkan ramai tertarik untuk cuba melaram seperti pemilik nama Noor Neelofa binti Mohd Noor yang lahir pada tanggal 10 Februrai 1989 itu.
Wanista nak berkongsi panduan dari hujung rambut hingga hujung kaki, bagaimana anda boleh bergaya seperti Neelofa!
A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on
Mungkin lebih mudah untuk memadankan baju dengan celana tidak bercorak. Bak kata orang putih, “less is more”… Neelofa sering selesa mengenakan padanan pakaian yang dibuat berasaskan kain kosong namun masih lagi kelihatan cantik kerana disertai keyakinan diri yang tinggi!
A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on
Mudah untuk digayakan sekaligus memadankannya dengan pakaian kegemaran, faktor inilah yang mungkin mendorong Neelofa untuk memilih celana palazzo sebagai antara helaian fesyen kegemarannya selain cover up seperti jaket dan kardigan labuh.
A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on
Selain cantik dan menampakkan tubuhnya lebih langsing serta tinggi, Palazzo juga sopan sebagai fashion staple untuk para fashionista muslimah sekalian :)
A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on
Magiknya teknik ini, ia mampu menjadikan item fesyen ringkas menjadi ‘luar biasa’ dalam sekelip mata! Cuma harus pandai menyuai-padankan beberapa helaian fesyen yang bersesuaian bagi menghasilkan penggayaan gempak seperti kemeja lengan panjang yang dipakai pada bahagian dalam sleeveless top seperti di bawah.
A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on
Sebagai seorang wanita muslimah moden, Neelofa lari dari rutin efisyen wanita masa kini yang gemarkan gaya ringkas bersahaja. Bagi sesetengah orang, selendang adalah pilihan buat mereka yang rajin mengambil masa panjang untuk bersiap di waktu pagi namun Neelofa sendiri selesa memakai selendang dan seperti yang kita tahu, Neelofa adalah pengasas dan wajah bagi jenama tudung keluarannya sendiri iaitu Naelofar Hijab.
A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on
Jadi, cara paling bijak untuk melariskan produk jualannya adalah dengan menggayakan helaian selendang dari labelnya sendiri. Jimat bajet juga kan? Hehe
A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on
Baru-baru ini, Neelofa pernah diterbangkan ke Paris untuk membuat satu penggambaran bagi menjayakan kempen raya Swarovski sebagai wajah jenama aksesori kristal premium tersebut. Dari situ kita semua boleh teka bahawa wanita kacukan ini memang minat benar dengan aksesori.
A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on
Biarpun mempunyai minat yang mendalam terhadap perhiasan barang kemas, Neelofa lazimnya hanya dilihat menghiasi bahagian tangannya dengan beberapa bentuk cincin dan gelang.
A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on
Jika anda mahu menaikkan seri penggayaan artistik ala Neelofa, anda mungkin boleh cuba sarungkan sebentuk cincin dengan rekaan batu permata menonjol mahupun bangle. Jika tidak pun, gayakan sahaja jam tangan yang bertepatan dengan cita rasa anda. Seperti Neelofa, dia juga pencinta jam tanggan! Patutlah Titan Malaysia memilihnya sebagai duta.
A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on
Perasan atau tidak, sama ada berseluar mahupun berkain sekali pun, bagi menjaga personaliti diri sebagai seorang muslimah, Neelofa boleh dikatakan suka memilih potongan pakaian yang labuh melebihi paras sepatunya.
A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on
…atau mungkin juga gaya sebegini dapat memberi ilusi seolah ketinggiannya lebih lampai. Ya, biarpun beliau telah sedia menyarungkan sepatu tinggi yang ekstrem!
Sejak dilancarkan pada Mac awal tahun ini, Nike air VaporMax menjadi bualan di seluruh dunia terutamanya bagi peminat sneakers tegar.
Melambangkan gaya jalanan ikonik yang mempersona, reka bentuk sneakers ini bertepatan dengan jiwa si urban yang gemarkan suatu kelainan.
Bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna, Nike membawa masuk tiga lagi rona baru menerusi koleksi Air Vapormax terkini termasuklah Chrome Blush, City Vibes dan Triple Black.
Nike Air VaporMax Chrome Blush
Foto -Arkib WanistaFoto -Arkib Wanista
Nike Air VaporMax City Tribes
Foto-Arkib WanistaFoto -Arkib Wanista
Nike Air Vapormax Triple Black
Foto -Arkib Wanista
Disisip dengan teknologi baru yang membolehkan si pengguna bergerak tangkas tanpa sebarang halangan, jisimnya lebih ringan sambil mencerminkan suatu penggayaan mahsyur sekaligus menjanjikan keselesaan berganda buat lelaki mahupun wanita.
Boleh mula dibeli dari Nike cawangan Pavilion KL, KLCC dan Mid Valley pada harga RM749 sepasang.