Jika dilihat dari sudut stail pemakaian selebriti Hollywood, mereka lebih feminin dan gemar menyerlahkan sifat
The post Tips & Trick Nak Jadi Fashionista Korea appeared first on Wanista.com.
Jika dilihat dari sudut stail pemakaian selebriti Hollywood, mereka lebih feminin dan gemar menyerlahkan sifat
The post Tips & Trick Nak Jadi Fashionista Korea appeared first on Wanista.com.
Dunia hari ini membuka peluang kepada semua wanita untuk memiliki apa yang mereka kehendaki. Berfesyen
The post 5 “Inspired Handbag” Yang Korang Kena Beli Sekarang! appeared first on Wanista.com.
Nak sarung baju tengok terkena kesan mekap, alamak nak buat macam mana pulak ni? Wanista
The post Ini Dia Helah Genius Bantu Anda Selamatkan Aksesori & Pakaian appeared first on Wanista.com.
Musim ini, H&M menyunting dua orang bintang terkemuka dari China iaitu Yang Mi dan Mark
The post Pelakon Dari China, Yang Mi & Mark Chao Bintangi Kempen Tahun Baru Cina H&M! appeared first on Wanista.com.
Bersempena Tahun Baru Cina yang menjelang tiba, rangkaian kaca mata jenama Polaroid baru-baru ini ada
The post Polaroid Sambut Tahun Anjing Dengan Kemunculan Kaca Mata Sensasi! appeared first on Wanista.com.
Kaca mata lazimnya mempunyai lensa lut sinar untuk membolehkan pandangan terlihat jelas namun lain pula
The post Pelik Tapi Cantik! Ini Yang Kami Suka Tentang D’ARTISTE Oleh Georgio Armani appeared first on Wanista.com.
Lagi halus, halus cantik! Aksesori dan wanita memang tidak dapat dipisahkan.
Jika kamu sukakan gaya yang ringkas pastinya kamu tidak suka menggayakan pilihan aksesori sarat dengan hiasan batu permata mahupun perincian berlebihan. Cukup sekadar seutas gelang tangan halus dan cincin bentuk geometri… itulah yang cuba diketangahkan jenama barang kemas keluaran dua orang anak jati Malaysia iaitu Foo Chia Chern dan Amira Yahaya.
Berkembang dengan nama The Straits Finery, kedua sahabat baik ini sememangnya dilahirkan untuk mencipta pembaharuan dalam kalangan wanita. Melihatkan ramai individu moden hari yang memilih untuk bergaya secara minimal, ia sekaligus menarik perhatian The Straits Finery untuk tawar aksesori berkualiti -direka mengikut cita rasa artistik yang tidak lagi tertumpu kepada butiran permata mahupun elemen sarat seperti aksesori tradisional.
Selebriti ternama seperti Gigi Hadid, Vanessa Hudgens dan Miranda Kerr, mereka sering dilihat keluar sambil dihiasi aksesori halus yang lebih dikenali sebagai “Dainty Accessories”. Meskipun ringkas, setiap satu utas rantai, gelang dan cincin yang dipakai itu memberi karakter mewah lebih-lebih lagi apabila ia disarungkan secara berlapis menggunakan teknik “layering”.
#1 Mudah Disuai Padan
Aksesori halus begini kalau dipakai berulang kali pun orang tidak akan perasan kerana kamu boleh suai padankan ia dengan bermacam jenis aksesori lain menggunakan teknik “layering”.
#2 Cantik Untuk Ke Acara Formal Mahupun Kasual
Kerana reka bentuknya yang halus dan genit, ia kelihatan sangat versatil dan boleh digayakan hampir ke semua acara tau! Jadi memang berbaloi beli dan simpan sebagai koleksi.
#3 Boleh Dipakai Harian
Boleh dipakai hari-hari kerana gayanya yang minimalis. Buat kamu nampak manis without trying to hard.
Koleksi ilham Rosie The Riveter oleh The Straits Finery akan dipasarkan secara berperingkat bermula 30 Julai ini dan boleh dibeli menerusi atas talian [www.thestraitsfinery.com] dan kafe Snackfood yang berlokasi di Bangsar.
The post Tiru Vanessa Hudgens, Miranda Kerr! Kelebihan Aksesori ‘Halus’ Buat Korang Nampak Stailo appeared first on Wanista.com.
Sebagai bintang pop Korea, selain gerak tari yang tajam serta bentuk tubuh menggiurkan, fesyen adalah tunjak utama yang perlu ditonjolkan untuk menarik perhatian peminat dari seluruh dunia. Dari sekitar Asia hingga ke Barat dan Eropah, rata-ratanya memang sangat mengenali bakat Idola Kpop yang kini dilihat semakin dekat dengan hati masyarakat.
Selain padanan helaian fesyen eksentrik, aksesori turut memainkan peranan penting dalam menyerlahkan gaya si bintang Kpop dan salah satu yang sering dilihat adalah kaca mata jenama Ray-Ban. Buat tatapan pembaca semua, ini 8 bintang Korea pujaan ramai yang sangat menggemari Ray-Ban!
#1 Penyanyi Bada memakai Ray-Ban yang memiliki rekaan bingkai bulat disaluti logam rona emas. Nampak klasik dan sesuai untuk pemakai yang berwajah bujur atau wajah bersegi.
#2 Aktor Park Bo Gum memakai kaca mata klasik rekaan Ray-Ban yang berbingkai tebal yang dipandankan dengan biker jaket rona hitam untuk aura rockers 80-an.
#3 Menampilkan gaya hip yang kasual, idola Kpop Yoona bijak memakai kaca mata berbingkai bulat dengan lensa metalik rona kemerahan – kemudian dipandankan dengan helaian fesyen jenis Baju-T bercetak.
#4 Mencermin gaya old school, pelakon Lee Seojin berani mengenakan kaca mata Ray-Ban berbingkai bulat serta lensa warna merah jambu! Siapa kata merah jambu untuk perempuan saja?
#5 Moden dan minimal, aktres Kang Eunbi kelihatan manis dalam rekaan kaca mata Ray-Ban berbingkai bulat dengan perincian blaze.
#6 Hipster! Aktor Gong Yoo memakai Ray-Ban Clubmaster lensa biru untuk gaya jejaka berjiwa muda dan penuh dengan keperibadian ceria
#7 Personaloti TV terkemua dari Selatan Korea, Nayoung Kim, memang pandai berfesyen. Untuk gaya keluar bersiar, belaiu gayakan blaus midi merah jambu dengan Ray-Ban Clubmaster berlensa hitam.
#8 Wow! Penyanyi dan pengubah lagu, Taehyun Nam mengenakan Ray Ban berbingkai bulat untuk tonjolkan keperibadiannya yang satu dalam seribu.
Kamu suka stail bintang Korea yang mana?
The post Lihat Mengapa Kaca Mata Ray-Ban Jadi Pilihan Ramai Artis Korea! appeared first on Wanista.com.
Seiring dengan perkembangan fesyen yang mengikut perubahan zaman, wanita jadi semakin bijak dan kreatif dalam menggayakn item fesyen secara moden.
Kebanyakan wanita hari ini tidak gemar membawa beg tangan yang bersaiz besar, lebih-lebih lagi bagi mereka yang memilih untuk menjadi praktikal… adakalanya membawa dompet bisa kelihatan ‘comot’ dan tidak rapi. Sebaliknya, ramai yang memilih untuk menggunakan card holder.
Jika dahulu orang hanya memanfaatkan pemegang kad atau card holder bgai menyimpan kad peribadi mereka, kali ini Wanista hendak mencadangkan kamu menggunakan card holder sebagai dompet kompak yang pastinya kelihatan versatile dan tak buat beg tangan kamu berat semata.
Tonton Vlog Laudya Cynthia Bella Tertinggal Dompet Card Holder Chanel
Ini pilihan card holder yang cantik dan ranggi, sesuai dengan sifatmu yang sofistikated.
#1 Kate Spade
#2 Balenciaga
#3 Prada
#4 Coach
#5 Marc Jacobs
So, kalau korang tak suka penuhkan beg dengan dompet yang tebal, bolehlah beralih kepada penggunaan card holder ni okay. Selamat beramal!
The post Fashionista Gantikan “Cardholder” Menjadi Dompet! appeared first on Wanista.com.
Jika kamu gemarkan gaya kasual seperti yang sering digayakan Justin Bieber mahupun Mila Kunis, kamu pasti mahu menegnali lebih dekat dengan jenama fesyen popular dari Los Angeles ini.
Baru sahaja melancarkan gedung pertamanya di pusat membeli-belah 1 Utama, ia menawarkan pelbagai item fesyen yang unik untuk pemakaian harian bagi wanita dan lelaki.
Bukan itu sahaja, hiasan dalaman gedung juga sedikit sebanyak memberi impak kepada para pengujung kerana menggunakan latar harmoni seperti biru, putih dan merah manakala rak-rak kayu pula dimanfaatkan untuk mempamerkan koleksi pakaian secara kreatif.
Apa yang membuatkan gedung Fred Segal ini menarik adalah, mereka bukan sahaja memberi pilihan produk dari dalam kalangan jenamanya sahaja, Fred Segal turut menghimpunkan jenama-jenama popular tempatan seperti Pestle & Mortar (fesyen lelaki), Lip & Co (kosmetik), So.Lek (kosmetik), Supercrew (fesyen lelaki) dan Thavia (fesyen wanita).
Tidak terhad hanya kepada barangan fesyen semata, ada juga barangan seperti keperluan rumah dari jenama luar negara ditawarkan buat pelanggan termasuklah P.F. Candle Co., Soko, Secrid dan banyak lagi.
Di ruangan lain dalam gedung berkenaan, turut disedikana kafe untuk membawakan pengalaman yang lain daripada lain ilham gaya hidup California buat semua! Antara hidangan menarik adalah pizza, takos, sandwich, minuman panas dan banyak lagi!
Untuk keterangan lanjut, sila klik [fredsegal.malaysia].
Fred Segal @ 1 Utama
Alamat: G353-G353A, Ground Floor, 1 Utama Shopping Centre (berhampiran restoran Oriental Cravings)
The post Fred Segal Hidupkan Fesyen Ala California Untuk Fashionista Di KL appeared first on Wanista.com.
Dari bintang Vanessa Hudgens hinggalah ke usahawan fesyen ikonik dari Perancis, Chiara Ferragni, rata-ratanya gemar memanfaatkan stokin sebagai aksesori utama yang menarik hati.
Stokin bukan lagi hanya untuk digayakan bersama dengan kasut bertali seperti snekers mahupun kala melakukan aktiviti lasak bagi mengurangkan kecederaan kaki atau supaya kaki bisa berasa lebih selesa kala dibaluti sneakers ketat sepanjang hari… tetapi stokin juga kini dianggap sebagai statement piece yang trendy untuk dipadankan dengan pakaian harian.
Baik untuk gaya formal mahupun kasual, stokin yang dipanggil fishnets (stokin jaring) ini semakin mendapat tempat di hati wanita terutamanya bagi menyambut musim luruh yang mendatang.
Buat kamu yang gemar berfesyen dengan cara paling eksentrik, ini lapan stail untuk bergaya dengan stokin jaring.
#1 Dilapis Dengan Celana Denim Robek
Bosan menggayakan jeans robek tanpa sebarang pembaharuan? Boleh cuba sarungkan stokin jaring untuk wujudkan tekstur unik yang boleh ditampilkan menembusi garisan jeans yang koyak. Pasti buat kamu nampak edgy!
#2 Dengan But Berpotongan Tinggi
Knee high boots memang cocok bila dipadankan dengan mini skirt untuk gaya yang lebih feminin. Namun begitu, adakalanya ia kelihatan agak membosankan tanpa sebarang kelainan, jadi apa kata gayakannya bersama stokin jaring yang dipakai melitupi kaki terlebih dahulu sebelum menyarungkan but. Pasti kelihatan lebih berkelas!
#3 Padankan Dengan Helaian Kulit
Cetuskan aura seksi era 80-an dengan memadankan stokin jaring bersama mana-mana helaian kulit yang kamu ada… baik jaket mahupun skirt, gaya ala rockers ini akan buat kamu menjadi it girl serta-merta kalau kena pada caranya! Tak percaya? Cuba.
#4 Pakai Dengan Sneakers
Siapa kata stokin jaring perlu dipakai sepenuhnya hingga ke peha, ada juga pilihan stokin jaring yang saiznya seperti stokin biasa. Daripada asyik menggayakan stokin yang berwarna dan bercetak, cuba kali ini gayakan kasut sneakers kegemaran kamu dengan stokin jaring.
#5 Pakai Dengan Low-Cut Jeans
Ada parti atau acara-acara muzik yang ingin dihadiri? Gaya hip sebegini pasti bisa menampkkan kamu seperti seorang insan yang paling gah sambil dipancar lampu-lampu neon. Asalkan kamu memadankan stokin jaring dengan jeans yang memiliki potongan pinggang rendah untuk menampakkan jaring pada bahagian perut (atas pinggang).
#6 Dengan Tumit Tinggi Bertutup
Mungkin si hijabista boleh manfaatkan tips yang ini dengan menggayakan tumit tinggi bertutup bersama stonkin jaring. Nampak manis dan sensual juga dalam masa yang sama!
#7 Skirt Terbelah
Nampak terlalu terdedah andai memakai skirt terbelah tanpa sebarang fabrik untuk menyekat pandangan orang, boleh sarungkan stokin jaring untuk buat gaya yang ‘terlampau’ menjadi serdehana – namun masih kelihatan cantik!
#8 Stokin Jaring Berhias
Jika kamu gemar bereksperimen dengan item fesyen, carilah stokin jaring yang dihiasi butiran manik serta perhiasan sebegini. Lebih menarik dari helaian stokin jaring yang polos.
Siapa sangka, stokin jaring yang dahulunya ramai individu anggap ‘murah’ kini sudah diangkat menjadi statement piece oleh fashionista sekalian?
Selamat beramal!
The post Trend Musim Luruh: 8 Stail Pakai Stokin Jaring ‘Jala Ikan’ appeared first on Wanista.com.
Harga beg tangan berjenama di pasaran bukanlah murah semata, ada individu yang sampai ikat perut hendak memiliki beg tangan idaman. Tapi tahukah masih ada peluang untuk kamu membeli ‘banyak’ beg tangan pada harga berbaloi? Jenama O Bag ada jawapannya…
Berasal dari Itali, apa yang unik tentang O Bag adalah rekaan tasnya minimalis tetapi masih mampu memberi pilihan yang pelbagai buat penggunanya. Ia juga memberi kebebasan pengguna untuk berkarya ikut kreativiti masing-masing!
Penulis sendiri berpeluang mencuba tas O Bag dari siri Classic, ternyata biarpun tas ini pada luarannya nampak biasa namun dengan pilihan warna serta aksesori yang bersesuaian, kamu si fashionista pasti kelihatan bergaya dan menarik dalam masa yang sama.
Terdapat dalam pilihan O Bag Classic, O Bag Mini, O Chic, O Bag ’50, O City dan O Basket, harga yang ditawarkan sangat berbaloi dan bergantung pada rekaan tertentu bermula serendah RM270 untuk semua jenis badan beg (terdapat dalam pilihan 21 warna), manakala aksesori yang boleh dilaras dan ditukar ganti dengan pelbagai gaya seperti tali pemegang pula adalah berharga RM90 hingga RM290.
Bagi kamu yang mementingkan keterampilan beg, boleh dapatkan bahagian dalaman beg (insert) yang diperbuat daripada kanvas pelbagai gaya pada harga RM150 hingga RM345, manakala pelapik bibir beg yang dipanggil trim pula adalah dari RM185 hingga RM270.
Stailo
Lebih mudah untuk bergaya dengan rekaan beg yang biasa-biasa begini. Walaupun ringkas dan polos, kamu mudah untuk memadankan beg tangan ini dengan pakaian yang dipakai. Lebih simple desain beg tangan, lebih senang dan stailo untuk digayakan!
Saiz Beg Sangat Memuaskan
Boleh disangkut ke bahu atau memegangnya begitu sahaja, O Bag Classic sangat versatile untuk digayakan ke mana-mana termasuklah sebagai beg tangan harian, carry on untuk dibawa ketika melancong mahupun sebagai beg pantai kala bersiar di pulau peranginan.
Saiz O Bag Classic yang penulis pakai ini cukup besar untuk menyimpan segala macam keperluan peribadi bersamaan 2 hingga 4 kampit gula tau!
Buat ibu-ibu yang sering membawa anak bersama, keperluan anak seperti pampers dan botol susu juga boleh memasuki saiz beg yang roomy sebegini.
Jimat Wang, Jimat Ruang Simpanan
Awal tadi penulis ada menjelaskan betapa kamu bisa memiliki ‘banyak’ beg tangan dengan hanya memiliki satu O Bag kan? Ya, ini kerana kamu boleh menukar aksesori seperti tali pemegang mahupun trim dengan pelbagai stail lain bahkan, harga badan beg juga tidaklah semahal beg-beg berjenama di butik kerana ia cuma berharga RM270.
Kalau bosan-bosan boleh tukar aksesori je nanti. Tak perlulah beli beg baru sepenuhnya dan dapat jimatkan ruang almari kamu!
Untuk pengetahuan semua, butik O Bag ada di I Utama di G130a (Old Wing), KLCC di 226B dan IOI City Mall di LG101A. Klik [obagmalaysia.com] untuk beli O Bag secara atas talian dan jadilah wanita moden yang paling bergaya dengan cita rasa tersendiri!
The post [Review] Beg Tangan O Bag Untuk Yang Suka Bertukar Gaya Ikut Mood appeared first on Wanista.com.
Bila bercakap soal barang kemas, wanita mana yang tidak ternganga betul tak? Sebagai seorang wanita yang gemarkan objek cantik, intan berlian sudah semestinya seraya menangkap hati kita. Terbaharu, HABIB tampil dengan koleksi lebih gah istimewa untuk musim perayaan ini.
Setiap satunya dihiasi butiran berlian mewah, rekaannya juga lebih moden menampilkan lekuk-lekuk berkarakter, dimeriahkan lagi dengan susunan permata padat.
Bukan itu sahaja, HABIB juga komited menawarkan pelbagai rekaan terkini yang boleh dipilih berdasarkan personaliti agar ianya bertepatan dengan kemahuan individu yang rata-ratanya berbeza bagi setiap orang.
Baik yang bersifat kontemporari mahupun klasik, setiap satu rekaan barang kemas oleh HABIB adalah berkualiti tinggi, asli dan bersifat satu dalam seribu.
Untuk itu, dapatkan rekaan barang kemas paling menarik di mana-mana cawangan HABIB seluruh Malaysia malah, jangan ketinggalan untuk menyertai jualan murah hujung tahun HABIB bersempena musim perayaan ini dari 28 Disember hingga 1 Januari 2019 nanti.
Terdapat banyak pilihan yang bakal buat kamu rambang mata dna untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/habibjewels]
The post Bukan Main Cantik Koleksi Barang Kemas Terkini Habib! appeared first on Wanista.com.
Selain rona merah menyala, emas juga adalah sesuatu objek bernilai yang sangat dihargai oleh individu yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Dianggap gah kerana mampu memberikan tuah buat si pemiliknya, tahun ini jenama fesyen berprestij Dolce & Gabbana tampil dengan rekaan kaca mata ranggi yang eksklusif apabila bingkainya disadur dengan emas 18 karat!
Terdapat tiga pilihan masing-masing untuk lelaki dan wanita, koleksi indah yang dipanggil Gold Collection ini tampak ringkas namun meletakkan nilainya pada perincian bingkai halus kemas bersadur emas asli serta padanan lensa moden berbentuk bulat berona putih, merah jambu dan kuning untuk wanita bergaya.
Tidak cukup dengan itu, difahamkan setiap kaca mata ini hadir dalam kotak pembungkusan istimewa yang dibuat daripada kulit berwarna hitam bahkan plak logam yang menghiasi kotak kaca mata juga adalah berwarna emas.
Bagi lelaki yang memiliki aura fesyen tersendiri, kaca mata stail aviator turut dihiasi bingkai emas 18 karat berserta lensa yang turut ditawarkan dalam pilihan warna sama iaitu merah jambu, kuning dan putih.
Untuk itu, jangan ketinggalan untuk menonjolkan aura kemewahan yang kamu miliki dengan penggayaan kaca mata hitam sensasi dari Dolce & Gabbana sepanjang Tahun Baru Cina ini.
Siapa bilang barang kemas hanya perlu dipakai di pergelangan tangan, jari dan leher semata? Boleh juga tampil glamor dengan sepasang jaca mata yang diperbuat daripada emas. Mampu?
Untuk keterangan lanjut, klik [facebook.com/Luxottica].
The post Bingkai Kaca Mata Bersadur Emas Dari Dolce & Gabbana Bawa Tuah appeared first on Wanista.com.
Bak lirik lagu nyanyian Marilyn Monroe, “Diamonds are the girl’s best friend”.
Tahukah kamu bahawa intan permata jenis berlian dari koleksi Hearts on Fire oleh Habib Jewels adalah merupakan jenis berlian yang memiliki potongan permata paling sempurna di dunia?! Hanya menawarkan yang terbaik, Habib Jewels komited untuk mewarkan peminat barang kemas dengan koleksi perhiasan berlian yang lebih eksklusif bersempena sambutan Hari Kekasih 14 Februari ini.
Jangan ketinggalan untuk dapatkan bingkisan paling bermakna buat cinta hati yang bukan sahaja cantik dan berkilau tetapi juga boleh dijadikan kenangan sehingga keakhiranya yang boleh diturunkan kepada anak, cucu dan warisan seterusnya.
Koleksi berlian Hearts on Fire oleh Habib Jewels mengetengahkan simbol cinta yang sejati menerusi potongan permatanya yang bukan sahaja eksklusif tetapi boleh juga dikira kemas dna unik menerusi rekaan moden seperti loket Fulfillment Diamond Pendant ini sambil dikarungkan logam emas putih 18 karat.
Jika pacar, ibu atau sahabat perempuan kamu tidak gemar memakai rantai, mungkin boleh hadiahkan mereka sepasang anting-anting berlian dari siri Fulfillment Stud Earrings ringkas sebegini yang turut dikarungkan logam emas putih 18 karat. jangan khuatir, rekaan anting-anting ini juga ditawarkan dalam pilihan emas kuning dan rose gold.
Buat wanita yang lebih sentimental, cincin Fulfillment Round Band bertatah berlian ini pastinya merupakan pilihan yang tepat.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [heartsonfire.com.my] atau berkunjung ke mana-mana cawangan Habib Jewels terdekat seluruh Malaysia untuk dapatkan koleksi perhiasan mewah Hearts on Fire.
The post Seronoknya Kalau Dapat Hadiah Koleksi V’Day Dari Habib Hearts on Fire! appeared first on Wanista.com.
Genius atau tidak rekaan Louis Viutton yang terkini ini? Apakah ada individu yang kemaruk mahu mendapatkan bekas pensil yang diperbuat daripada material kulit asli lembu semewah ini? Rata-ratanya menganggap, ianya adalah objek paling tidak munasabah untuk dijual semahal RM4,000 seunit.
Menurut laporan laman Hypebeast.com, Louis Vuitton baru-baru ini tampil dengan keluaran baharunya yang berupa set pensil warna dan apa yang menarik, set alat tulis mewah itu akan hadir dalam sebuah bekas pensil unik yang berupa beg gulung bahkan, ia diperbuat daripada maetrial kulit lembu asli -diccetak dengan monogram ikonik LV.
Dalam pada itu, set pensil warnanya juga adalah menyeluruh di mana ia menawarkan lebih 40 batang pensil mewarna yang terdiri daripada pelbagai palet dan rona pilihan. Pasti ideal buat mereka yang sememangnya gemar melakar mahupun menghasilkan karya seni seperti lukisan.
Sebagai perhiasan pula, bekas pensil tersebut turut dilengkapi cincin logam emas khas yang dilekap pada penghujung beg gulungan -berfungsi sebagai kancing yang kemudian boleh diikat kemas dengan tali kulit pada beg.
Lebih sensasi apabila ia dilihat dari bahagian luar, kedudukan pensil mengikut warna turut dilabel dalam bentuk ikon bulatan. Ini pasti memudahkan si pemiliknya untuk menyusun kembali pensil warna pada kedudukan asalnya. Ada yang teringin untuk menjadikannya sebagai koleksi peribadi?
Dengar cerita set pensil warna Louis Vuitton ini akan dipasarkan April nanti pada harga sekitar RM4,000 seunit.
Sebelum ini, Louis Vuitton memang sering dijadikan inspirasi untuk rekaan barangan unik termasuklah tandas, set drum, plastik sampah serta mesin lempeng waffle.
The post Dibuat Daripada Kulit, Harga Bekas Pensil Louis Vuitton RM4k appeared first on Wanista.com.
Seni kraf daripada tangan artisan sememangnya membuatkan pencinta kraftangan terpukau dengan hasil seni yang dihasilkan. A Day merupakan nama konsep stor yang menceritakan perjalanan artisan menghasilkan kraftangan yang penuh ketelitian bagi membentukkan sebuah hasil produk yang cukup unik dan menarik.
Pelbagai produk barangan yang dihasilkan oleh para artisan boleh didapati di stor A Day yang terletak di Intermark Mall Kuala Lumpur ini. Suasana dalaman kedai yang luas, warna dinding yang lembut serta pencahayaan yang sesuai, membuatkan suasana dalaman kedai A Day menjadi nyaman dan tenang.
A Day一日商号- Malaysia 1st Artisan Department Store will be having a Grand Opening Ceremony tomorrow at Atrium Intermark…
Posted by A DAY 一日 on Tuesday, November 5, 2019
Melihat ke semua produk yang di hasilkan oleh para artisan ini membuatkan wanista seolah-olah melihat khazanah di muzium! Perasaan melihat pelbagai produk seperti kain batik digunakan bagi menghasilkan beg tangan wanita yang klasik dan elegan membuka mata wanista betapa indah dan kreatifnya produk yang dihasilkan oleh para artisan.
Selain beg tangan, baju kemeja lelaki dan dompet wanita juga dihasilkan dengan menggunakan kain batik dengan pemilihan corak serta warna kain batik yang bercitarasa tinggi dan elegan.
Sebagai seorang manusia pastinya ilham yang datang bertalu-talu di minda pastinya tiada had limit dan apabila ilham atau idea yang datang dihasilkan secara realiti impak pada produk tersebut jelas tergambar betapa hebat dan uniknya kreativiti sang artisan dalam menghasilkan produk yang berseni dan bersesuaian dengan citarasa masyarakat.
Setiap produk yang dihasilkan mempunyai cerita yang tersendiri, sentuhan penuh jiwa ini dapat dilihat menerusi ketelitian dan sentuhan kreatif yang dipamerkan oleh para artisan di A Day ini.
Dek terlalu leka dan asyik melihat barangan yang terdapat di stor A Day ini, Wanista dapat melihat ramai yang mengunjungi stor A Day ini rata-rata meluahkan rasa kagum terhadap hasil seni yang dipamerkan dan ada yang tidak sampai lima minit melihat barang tersebut, terus dibawa ke kaunter pembayaran!
Begitu hebatnya penangan karya kraf yang dihasilkan oleh para artisan A Day ni. Pelbagai produk barangan dari set aksesori, pakaian, beg tangan, batu permata, aneka teh kesihatan, jam seramik, lukisan abstrak, dan pelbagai produk lain di stor A Day ini telah di serbu oleh pelanggan yang datang berkunjung!
Bagi yang mempunyai hobi mengumpul hasil seni barangan artisan, maka di A Day adalah destinasi yang wajib anda kunjungi. Baik dari segi material atau bahan, teknik penghasilan kraf, pemilihan tekstil yang berkualiti, idea original dan kepakaran artisan yang berbakat akan membuatkan anda jatuh cinta terhadap koleksi barangan yang ada di A Day.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke A Day dan lihat sendiri koleksi-koleksi produk-produk yang terdapat di dalam stor A Day. Serta dapatkan diskaun untuk produk-produk terpilih!
Outlet: A Day
Alamat: Unit G-07, Intermark Mall, The Intermark, 348 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia.
Sosial media: Facebook, Instagram
The post Umpama Syurga Khazanah – Wanista Jatuh Cinta Dengan Kraf Artisan Dari A Day appeared first on Wanista.com.
Siapa yang tidak mahu nampak muda?
Barangan kosmetik dan krim anti penuaan adalah antara tips yang boleh membuatkan anda nampak lebih muda. Namun, ada beberapa aksesori yang boleh membantu anda kelihatan jauh lebih muda dari umur anda yang sebenar. Tetapi pemilihan aksesori tersebut haruslah dibuat dengan bijak! Tidak perlu beli barang-barang yang mahal, cuma anda perlu bijak memilih aksesori yang boleh buatkan anda kelihatan muda!
Nak tahu apa dia, teruskan pembacaan.
Kasut tumit tinggi atau stiletto berupakan membuatkan si pemakai kelihatan tinggi, muda dan lebih bertenaga. Warna dan fesyen juga harus kena pada gaya. Tapi hangar lupa, cara jalan juga penting! Sebaiknya berlatih jalan di rumah – practice makes perfect bukan.
Skaf biasa digunakan sebagai aksesori tambahan yang ringkas untuk imej yang lebih elegan dan santai. Selain itu, skaf berwarna boleh buatkan anda nampak lebih muda dan matang. Pilihan corak dan warna adalah amat penting. Skaf sutera lembut biasanya menjadi pilihan wanita di luar sana.
Aksesori rambut seperti pin rambut, cekak, getah rambut dan juga ribbon dengan warna yang ceria boleh buatkan anda nampak muda. Tetapi anda harus berhati-hati memilih corak dan warna dan haruskan kena dengan baju yang anda pakai.
Bagi sesetengah wanita, jam tangan adalah aksesori yang sangat penting, lebih-lebih lagi buat mereka yang pentingkan masa. Tahukah anda, jam tangan juga boleh membuatkan anda nampak muda? Tetapi pilihan fesyen dan warna jam adalah penting dan harus sesuai dengan anda.
Topi adalah salah satu aksesori yang biasa digunakan oleh wanita untuk kelihatan lebih trendy. Pelbagai jensi topi yang boleh anda pakai untuk nampak cantik.
Tak susah nak nampak muda. Jika betul cara anda berfesyen, maka eloklah tu.
Selamat Beramal!
The post Menarik 5 Aksesori Buat Kamu Nampak Lebih Muda Dari Usia Sebenar appeared first on Wanista.com.
Wanita mana yang tak suka dengan aksesori bukan, apatah lagi aksesori tersebut dari jenama terkemuka seperti Daniel Wellington ini.
Sekarang ini ramai wanita berkenan sangat dengan aksesori yang dihasilkan oleh Daniel Wellington ini, tambahan lagi dengan rekaan yang ringkas tetapi masih kekalkan elemen high class dan classy menjadi pilihan wanita masa kini.
Ini antara beberapa top aksesori yang menambat hati wanita moden.
Jam tangan Petite Melrose ini merupakan cinta hari wanita moden masa kini, rekaan yang ringkas dan elegan menjadikan ia antara jam tangan yang paling disukai oleh wanita.
Harga RM660 [BELI]
Rekaan cincin Elan ini yang ringkas dan dalam masa yang sama menampilkan elemen bold, membuatkan cincin ini tampil menyerlah dengan aura tersendiri.
Harga RM200 [BELI]
Menyerlah bak bulan mengambang dengan rantai Aspiration ini, membuatkan aura diri jadi lebih elegan dan classy.
Harga RM540 [BELI]
Wanita sekarang mudah tertarik dengan gaya gelang tangan seperti gelang Elan ini, ringkas, elegan dan menampilkan citarasa si pemakai yang anggun.
Harga RM330 [BELI]
Terpukau dengan bentuk bulat seperti bulan dan menyerlah bak mutiara, menjadikan subang ini begitu menarik tatkala pertama kali memandangnya tak hairanlah ramai wanita terpukau dengan subang Aspiration ini.
Harga RM420 [BELI]
Penulis sendiri berasa terpukau melihat aksesori-aksesori dari Daniel Wellington, ini baru melihat belum lagi memakainya.
Apa yang pasti aksesori yang di reka oleh Daniel Wellington ini, mampu membuatkan aura diri wanita jadi lebih berkeyakinan dan berketerampilan.
Kamu suka aksesori yang mana satu?
The post 5 Aksesori Daniel Wellington Ini, Paling Diminati Wanita Sekarang appeared first on Wanista.com.
Sebut saja jenama Hermes pasti sudah terbayang beg tangan berharga berpuluh ribu ringgit di minda, dan bukan saja beg tangan berharga menggunung tinggi tapi aksesori dan barang kemas yang dikeluarkannya juga sangat mengejutkan jiwa raga.
Apatah lagi barang kemas yang dikeluarkan lagi mahal dari emas tulen di dunia ini, nak tahu koleksi aksesori barang kemas yang manakah berharga puluhan ribu ringgit ini jom lihat di bawah.
Rantai unik ini diperbuat menggunakan rose gold dan dipadankan bersama batu berlian membuatkan rantai ini kelihatan unik dengan gaya serta karakteristiknya yang tersendiri.
Hermes: Tekan Sini
Rantai panjang ini diperbuat daripada rose gold dengan perincian eksklusif untuk wanita moden masa kini, dengan rekaan toggle kebebasan yang merupakan signature Hermes menjadikan rantai ini rebutan ramai.
Hermes: Tekan Sini
Gelang mahal ini diperbuat menggunakan rose gold dan bertatahkan batu berlian sebanyak 499 di sekeliling gelang, membuatkan ia bukan sekadar barang kemas biasa buat wanita yang amat meminati batu berlian dan warna rose gold.
Hermes: Tekan Sini
Gelang eksklusif ini juga diperbuat daripada rose gold, gelang istimewa ini dikelilingi 459 batu berlian di sekeliling gelang tangan dan ia juga mempunyai simbol ‘H’ yang melambangkan jenama Hermes ini sendiri.
Hermes: Tekan Sini
Sukakan gaya punk tetapi dalam masa yang sama kelihatan elegan dan serba mewah, cincin yang diperbuat daripada rose gold yang bertatahkan 112 batu berlian ini pasti kena dengan citarasa kamu!
Hermes: Tekan Sini
Rekaan cincin ini mendapat ilham dari suka berkuda, bentuk ladam dan bakul kuda ini dihiasi dengan 78 batu berlian pada cincin yang diperbuat dari rose gold ini.
Hermes: Tekan Sini
Rekaan toggle subang yang ikonik sudah menjadi signature Hermes dalam setiap aksesorinya, subang yang diperbuat dari emas putih dikelilingi 34 batu berlian yang cukup memukau mata dan hati wanita.
Hermes: Tekan Sini
Rekaan subang yang unik ini bermotifkan loceng dan kunci mangga yang cukup istimewa, subang yang diperbuat daripada rose gold bersama alpha clasp ini sememangnya versatil dan punya aura elegannya yang tersendiri.
Hermes: Tekan Sini
Melihat harga-harga aksesori barang kemas yang dikeluarkan Hermes ini memang boleh buat mata terbeliak dan sesak nafas melihat harga dahsyat yang lebih mahal dari emas tulen!
Walaupun mahal barang kemas dari Hermes ini mempunyai peminat tetapnya yang tersendiri dan pastinya golongan yang memakai barang kemas dari jenama terkemuka dunia ini pun bukannya orang biasa-biasa betul tak.
Siapalah yang beruntung dapat pakai barang kemas seperti ini kan?
The post Terbeliak Mata Tengok Harga Aksesori Hermes Ini, Lagi Mahal Dari Emas Tulen appeared first on Wanista.com.